CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4353|Reply: 0

[Terengganu] Peniaga wanita maut kemalangan di LPT 2

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan kereta Honda City yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa Noor Aizam di KM 381.1, LPT 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang peniaga wanita maut selepas kereta jenis Honda City dipandu adik iparnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 381.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 5.50 petang itu, mangsa, Noor Aizam  Mat Zaki,42, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Tiga lagi ahli keluarga termasuk pemandu kereta jenis Honda City dinaiki mereka turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sewaktu kejadian, Noor Aizam bersama enam ahli keluarga lain dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kampung Buluh, Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Honda City dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.

“Kereta dipandu adik ipar lelaki mangsa berusia 35 tahun itu kemudiannya merempuh tebing bukit sebelum terbalik ke dalam parit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... emalangan-di-lpt-2/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.057788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list