View: 5302|Reply: 4
|
Shakira tiada lagi ‘nafsu’ bercinta
[Copy link]
|
|
SHAKIRA
SELEPAS putus cinta bersama bekas kekasihnya, Gerard Pique, penyanyi terkenal, Shakira mengakui kini tidak lagi berminat untuk kembali bercinta.
Ketika dalam satu temu bual bersama Apple Music, pelantun Waka Waka itu disoal tentang pandangannya mengenai cinta dan persahabatan.
“Antara cinta dan persahabatan, apa yang paling penting dalam hidup anda?” soal pengacara, Zane Lowe.
Kata Shakira, dia lebih memilih persahabatan berbanding cinta kerana beranggapan persahabatan akan kekal lebih lama berbanding dengan percintaan.
“Saya memilih persahabatan berbanding cinta. Saya berpendapat persahabatan akan kekal lebih lama berbanding cinta.
“Walaupun percintaan itu lebih indah, namun percintaan itu juga sebenarnya lebih menyakitkan,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi berusia 47 tahun itu memberitahu bahawa dirinya tidak lagi berminat untuk menjalinkan cinta dengan mana-mana lelaki selepas ini.
“Cinta menghancurkan mimpi saya. Tidak ada lagi cinta dalam diri saya,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... agi-nafsu-bercinta/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
after all the sacrifices that she made kan, harus la tertutup pintu hati utk bercinta lg. kena curang plak tu. mannn, been there, done that too |
|
|
|
|
|
|
|
tak yah bercinta serius sgt, berskandal jer cam nek madona |
|
|
|
|
|
|
|
takyah bercinta
amik anak hekan buat ghaso2 je |
|
|
|
|
|
|
|
suruh dia dengar lagu Mojo andai aku bercinta lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|