CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4635|Reply: 0

[Kelantan] Titah Sultan Kelantan mahu projek ECRL hingga Rantau Panjang akan dikaji - MRL

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode

KERJA-KERJA pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan sudah mencapai kemajuan sebanyak 75.8 peratus setakat ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Kementerian Pengangkutan membuat kajian berhubung titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mahu projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga ke Rantau Panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak bagaimanapun memaklumkan, sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan Menteri Pengangkutan nanti.

"Tentunya perkara ini (sambungan ERCL ke Rantau Panjang) dalam kajian," katanya ringkas kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di sini malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin.


Media sebelum ini melaporkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berharap projek ECRL dapat disambung sehingga ke Rantau Panjang.

Baginda bertitah, ia bertujuan bagi memacu pertumbuhan ekonomi antara sempadan selain mampu mengukuhkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Thailand.

Pembinaan projek ECRL sepanjang 665 (km) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion.

Jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor dijangka siap mengikut jadual iaitu pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada Januari 2027.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... panjang-akan-dikaji

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050462 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list