CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4236|Reply: 0

[Kelantan] Peniaga didenda miliki 108 al-Quran tanpa kelulusan KDN

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga didenda miliki 108 al-Quran tanpa kelulusan KDN

Oleh ASWANY OMAR25 Mac 2024 11:21am








Al-Quran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dirampas daripada OKS di Jalan Tengku Petra Semerak dua tahun lalu.




KOTA BHARU - Seorang peniaga didenda sebanyak RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah memiliki 108 naskhah al-Quran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri membuat keputusan itu terhadap Orang Kena Saman (OKS), Muhammad Imran Sahimi, 36.



Mahkamah turut menetapkan OKS dikenakan lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Peniaga itu melakukan kesalahan terbabit di sebuah kedai di Jalan Tengku Petra Semerak di sini pada 15 Oktober 2022 kira-kira jam 10.30 pagi.



OKS didapati mempunyai 56 naskhah al-Quran An-Nur dan 52 al-Quran Mumayyaz dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 (1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 7 (2) akta yang sama.

Sebelum itu, Pegawai Pendakwa KDN, Mastini Zakaria memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana membabitkan al-Quran dan agama.

OKS yang tidak diwakili peguam membayar denda berkenaan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044266 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list