CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3567|Reply: 0

[Terengganu] Pemandu lori maut dirempuh sewaktu bantu mangsa kemalangan

[Copy link]
Post time 25-3-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan lori dan kenderaan Ford Ranger yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 329.8, LPT 2 berhampiran Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Niat seorang pemandu lori membantu mangsa kemalangan berakhir tragedi apabila dia maut dirempuh lori yang dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda, Ford Ranger di Kilometer 329.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Kerteh di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 2.35 pagi itu, mangsa, R. Magendiran, 52, yang berasal dari Kuantan, Pahang meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa badan badan.

Pemandu kenderaan Ford Rangers berusia 35 tahun turut mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki dan dada.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, lori muatan baja dipandu Magendiran telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lain di lokasi sama.

Beliau berkata, impak kemalangan tersebut menyebabkan lori tanpa muatan yang dilanggar mangsa terbabit telah terbalik di lorong kanan lebuh raya berkenaan.

“Magendiran kemudiannya turun membantu pemandu lori terbabit yang terselamat tanpa kecederaan keluar dari kenderaannya.

“Tidak lama selepas itu, sebuah kenderaan Ford Ranger tiba dari arah Kuantan gagal mengelak lalu merempuh belakang lori tanpa muatan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, rempuhan itu menyebabkan lori terbabit terseret lalu terkena tubuh Magendiran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -mangsa-kemalangan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049176 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list