CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5223|Reply: 0

Brendan, Wilkin kena berfungsi

[Copy link]
Post time 26-3-2024 03:33 PM | Show all posts |Read mode

Bahagian tengah Harimau Malaya dibarisi Brendan Gan (kiri) dan Stuart Wilkin yang dilihat tidak berfungsi dengan baik ketika berdepan dengan Oman sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Isu padang 'tidak cantik' diharap tidak mengganggu mental pemain Harimau Malaya menjelang pertembungan getir dengan Oman di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Skuad kendalian Kim Pan Gon harus memberi fokus sepenuhnya mengenai bagaimana mahu mendapatkan keputusan positif bagi aksi keempat Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.

Berdasarkan aksi ketika tewas 0-2 kepada Oman di Muscat, Jumaat lalu, skuad negara kalah dari segi kawalan permainan yang mana anak buah Jaroslav Silhavy lebih kemas dalam mengatur gerakan.

Paling ketara, bahagian tengah Harimau Malaya dibarisi Brendan Gan dan Stuart Wilkin yang dilihat tidak berfungsi dengan baik hingga membolehkan Oman lebih menguasai permainan.


Justeru, Harimau Malaya dilihat perlu memperkuatkan bahagian 'enjin' mereka dalam membentuk gerakan lebih kreatif dan mencipta hantaran 'membunuh' kepada bahagian serangan untuk menghasilkan jaringan.

Jaringan sangat penting buat Harimau Malaya kerana misi utama mereka adalah meraih kemenangan bagi membuka peluang lebih cerah untuk melangkah ke pusingan kelayakan yang seterusnya.

Arif Aiman Hanapi dianggap sebagai pemain Harimau Malaya paling menonjol di Muscat dengan dia berjaya melakukan larian dan gelecekan untuk memecahkan benteng pertahanan Oman.

Berbeza dengan seorang lagi pemain sayap, Faisal Halim yang dilihat pergerakannya agak terbatas dan tidak banyak gerakan berbahaya dapat dilakukan pemain berusia 26 tahun itu.

Silhavy sudah pasti mengkaji corak permainan Harimau Malaya dan tidak mustahil Arif Aiman dan Faisal akan terus diberi perhatian lebih oleh barisan pemain Oman.

Harimau Malaya memerlukan strategi berkesan dengan membentuk senjata rahsia untuk merobek gawang Oman dan tidak boleh terlalu bergantung kepada Arif Aiman dan Faisal.

Seperti apa yang diperkatakan pertahanan berpengalaman, Shahrul Saad bahawa tidak mustahil Harimau Malaya mampu mencipta kejutan meskipun Oman yang berada di ranking 80 dunia hadir dengan reputasi lebih besar.



https://www.bharian.com.my/sukan ... lkin-kena-berfungsi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069677 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list