CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2387|Reply: 0

Saya Masih Hidup, Usah Ambil Kesempatan – Aiman Hakim Kesal Berita Palsu Sudah Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:15 PM | Show all posts |Read mode






TIDAK terlepas daripada menjadi mangsa berita palsu, pelakon Aiman Hakim Ridza kesal wujud pihak tidak bertanggungjawab mendakwa dia sudah meninggal dunia seperti yang tular dalam media sosial hari ini.


Aiman atau nama penuhnya Aiman Hakim Ridza Abdoh menyifatkan penularan berita palsu mengenai kematiannya adalah cara segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang semata-mata mahu mengaut keuntungan menggunakan jalan pintas.


Enggan mengambil pusing, Aiman, 35, memandang perkara berkenaan dari sudut positif selain menyifatkan ramai yang mahu mengambil kesempatan dengan mencipta berita palsu sebegitu.


“Ada orang mesej saya mengenai perkara ini. Kita ambil iktibar dari sudut positif.


"ertama sekali, Alhamdulillah saya masih hidup. Kedua, media sosial memang begini.


“Lebih banyak anda habiskan masa dalam media sosial, lagi banyak orang lain ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan begini,” katanya dalam InstaStory hari ini.


Ujarnya yang popular menerusi drama Curi-Curi Cinta, mencipta berita palsu sebegitu boleh membuatkan pemilik akaun meraih keuntungan menerusi bilangan capaian pengguna dalam media sosial.


Dalam masa sama, Aiman turut berkongsi nasihat kepada pengikut agar tidak terlalu bergantung kepada sosial media selain lebih banyak meluangkan masa dengan orang sekeliling.


“Samalah juga di mana-mana pun. Akan ada orang yang mahu ambil kesempatan.


''Lagi lama anda layan media sosial, lebih banyak benda merapu yang akan keluar.'


“Kesimpulan di sini adalah kurangkanlah bermain media sosial. Berboraklah dengan orang terdekat,” ujarnya.


Terdahulu, selain Aiman, ramai selebriti tanah air yang turut menjadi mangsa berita palsu tentang kematian sehingga wujud kebimbangan dalam kalangan peminat termasuk ahli keluarga.


Antara yang pernah menjadi mangsa ialah Datuk Nash, Ezad Lazim, Azharina dan Datuk Awie.


Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.058974 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list