View: 4395|Reply: 0
|
Slovenia kejutkan Portugal 2-0 aksi persahabatan
[Copy link]
|
|
Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah) melakukan percubaan ketika menentang Slovenia pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Stozice, Ljubjana awal pagi tadi. – Foto REUTERS
LJUBLJANA: Portugal mengalami kekalahan mengejut 2-0 di tangan Slovenia pada aksi persahabatan menjelang Euro 2024 di Ljubljana awal pagi tadi, kekalahan pertama mereka sejak kehadiran jurulatih Sepanyol, Roberto Martinez yang menang 11 perlawanan berturut-turut.
Selepas kemenangan 5-2 ke atas Sweden di Guimaraes Khamis lalu, Portugal kembali mendapat khidmat Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama tetapi kehilangan perancang tengah Bruno Fernandes dan Bernardo Silva.
Slovenia, yang turut layak ke pusingan akhir Euro di Jerman, membuka tirai jaringan menerusi Adam Gnezda Cerin pada minit ke-72 sebelum Timi Elsnik mengukuhkan kedudukan lapan minit kemudian.
Sesudah layak ke Euro 2024 dengan rekod 10 kemenangan daripada 10 perlawanan, Portugal akan memanas badan bagi Euro pada Jun dengan aksi persahabatan menentang Finland, Republik Ireland dan Croatia.
Di Jerman, mereka akan beraksi di samping Turkiye, Republik Czech dan Georgia, yang layak awal pagi tadi selepas menundukkan Greece menerusi penentuan penalti pada final play-off.
Slovenia diundi dalam kumpulan bersama England, Denmark dan Serbia. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... 0-aksi-persahabatan |
|
|
|
|
|
|
| |
|