CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7542|Reply: 0

[Sabah] Persatuan etnik di Sabah diminta laksana program bersama

[Copy link]
Post time 28-3-2024 11:24 AM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Nizam (dua kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada salah satu persatuan etnik yang hadir.

TAWAU: Semua persatuan etnik dan suku kaum di negeri ini diminta supaya mengadakan program secara bersama bagi menzahirkan perpaduan antara satu sama lain.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Sabah terkenal dengan kekayaan budaya dan suku kaum yang boleh dijadikan model perpaduan di seluruh negara.

Katanya, menerusi kekayaan budaya ini menjadikan Sabah sebuah negeri yang makmur dan pilihan para pelancong luar serta dalam negara.

“Saya sangat berbangga kerana walaupun wujud pelbagai suku kaum dan etnik di negeri ini, tetapi ia tidak menghalang untuk kita meraikan perayaan bersama-sama.

“Justeru, saya sangat menggalakkan supaya semua persatuan etnik di negeri ini berkolaboratif untuk mengadakan program bersama bagi mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika hadir dalam program Jelajah Ramadan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Apas di Masjid Kampung Batu Payung, di sini semalam.

Majlis yang dianjurkan oleh Biro Agama Gagasan Rakyat Apas bersama Hikmah Centre itu telah menghimpunkan sebanyak 16 persatuan etnik dan suku kaum di daerah Tawau.

Nizam berkata, usaha yang ditunjukkan oleh penganjur ini sangat baik kerana berjaya menghimpunkan semua persatuan etnik dalam satu program.

Katanya, amalan ini merupakan satu wadah untuk semua kaum merapatkan hubungan silaturahim walaupun berlainan keturunan dan etnik.

“Apa yang paling penting, kita semua perlu bersatu hati menjunjung agama dan menjulang negara bagi memastikan Malaysia mampu maju ke hadapan.

“Saya berharap program seumpama ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap terutamanya pada musim-musim perayaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nizam berkata, pihaknya juga akan mengambil inisiatif mengadakan program yang melibatkan semua kaum di daerah ini termasuk bukan Islam.

“Program berbuka puasa bersama kaum dari agama lain mungkin dapat dilaksanakan pada masa akan datang supaya mereka juga berasa dihargai oleh masyarakat muslim.

“Dalam agama Islam juga menuntut kita supaya kenal mengenali antara satu sama lain dan inilah keindahan Islam serta cara kehidupan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.302475 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list