CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12419|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Tangan ghaib' beri sewa petak parkir, penduduk saling lapor polis

[Copy link]
Post time 28-3-2024 07:12 PM | Show all posts |Read mode
'Tangan ghaib' beri sewa petak parkir, penduduk saling lapor polis


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



SEBAHAGIAN daripada petak parkir di Flat Idaman Seroja, Sungai Ara, di sini, yang ditandakan dengan warna merah menandakan sudah disewakan kepada penduduk. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Bayan Lepas: Penduduk Flat Idaman Seroja, Sungai Ara, di sini, kesal dengan tindakan 'tangan ghaib' yang memberi kebenaran bagi sewaan petak parkir di perumahan berkenaan.

Sewaan petak parkir bagi kegunaan penduduk itu sudah berlaku sejak awal bulan ini dengan kadar bayaran sebanyak RM35 sebulan.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Yan, 36, berkata, sebelum ini, sebanyak 224 petak parkir disediakan berdasarkan 'siapa cepat, dia dapat'.

Kini, daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 124 disewakan manakala hanya 100 lagi petak adalah bebas parkir.

"Bagi penduduk yang tidak dapat letak kenderaan di perkarangan perumahan boleh parkir bertindih mengikut budi bicara penghuni lain atau di bahu jalan iaitu di luar kawasan perumahan tetapi ia adalah di bawah tanggung jawab sendiri.

"Sudahlah di sini tidak cukup parkir, ada pula pihak yang ambil kesempatan dan kami percaya ia membabitkan individu dalam Badan Pengurusan Bersama (JMB)," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Yan berkata, dia bersama penduduk sebolehnya tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan namun terpaksa meminta campur tangan daripada wakil rakyat kerana kerap berlaku perbalahan.

"Baru-baru ini, pengawal keselamatan di sini, terkena bata yang dipercayai dicampak dari tingkat atas dan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahu dan tangan.

"Kami syak ia adalah perbuatan yang berpunca daripada rasa tidak puas hati berhubung sewaan parkir itu," katanya lagi.

Sementara itu, bekas Pengerusi JMB Abu Habiah Mohd Noor berkata, masalah itu menimbulkan selisih faham dalam kalangan penduduk dan bermasam muka sesama jiran.

Malah katanya, ada antara penduduk yang saling membuat laporan polis berikutan tidak berpuas hati dan mereka kerap berbalah setiap kali perbincangan dilakukan.

"Didapati beberapa ahli jawatankuasa membuat sewaan tapak parkir dengan menjadikannya sebagai hak persendirian tanpa persetujuan bersama termasuk dengan Pengerusi JMB.

"Ukhuwah dan suasana harmoni dalam kalangan penduduk juga sudah hilang sehingga saya ambil keputusan meletak jawatan sebagai pengerusi serta merta semalam bagi memudahkan siasatan termasuk beri peluang kepada individu terbabit selesaikan masalah itu," katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Bayan Baru, di sini, Khamis lalu.

Abu Habiah berkata, sebelum meletak jawatan, pihaknya pernah mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masalah parkir iaitu dengan memohon peruntukan daripada wakil rakyat untuk pembinaan parkir di kawasan lapang belakang flat berkenaan.

"Bayangkan di sini terdapat sebanyak lapan blok perumahan berhampiran dan tidak mampu menampung jumlah kenderaan, malah ada yang terima surat saman kerana meletakkan kenderaan di bahu jalan raya sedangkan sudah tiada ruang dalam kawasan flat, jadi pembinaan ruang parkir tambahan paling tepat mampu selesaikan masalah itu," katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati, setiap penjuru petak parkir yang sudah disewa itu ditandakan dengan garisan berwarna merah.

Difahamkan, cadangan sewaan parkir sudah diusulkan dalam mesyuarat pada Januari lalu dan hanya menunggu keputusan PBT, namun sudah diambil tindakan sendiri oleh pihak tertentu dengan menyewakan tapak.



Disiarkan pada: Mac 28, 2024 @ 6:36pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050390 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list