CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

    [Copy link]
Post time 19-3-2011 09:51 PM | Show all posts
Dahlia can come and see me at my clinic...
who knows dapat twins juga.... hehehehehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2011 10:13 PM | Show all posts
Dahlia can come and see me at my clinic...
who knows dapat twins juga.... hehehehehee
marcell Post at 19-3-2011 21:51



    tb pon harapkan dahlia dpt twins mcm si ketots..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 10:14 PM | Show all posts
tula... hangin jdnya
pura Post at 19-3-2011 15:46



    nak tukar amik yg lain..takot same je...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 11:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by calla at 19-3-2011 23:07

good shooter,timing pun bgs.mmg cpt sj dpt....hehehe        syukur klu cpt dpt,ada org tggu sampai b'tahun2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 09:22 AM | Show all posts
salam dan selamat pg......{:1_144:}
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 01:17 PM | Show all posts
puan pai yam dah pregnant....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2011 01:19 PM | Show all posts
finally ! Dapat juga baca cerita ni. Best and awfully awesome...nnt sambung lgi !

Masa part pi umrah tu terhiris hati sebak dan rindu..bila la lagi akan dipanggil sebagai tetamu Allah.

Cerita2 smiley never fails to make me smile. hehhe..tqvm


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 01:31 PM | Show all posts
dahlia dah pregnen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2011 01:32 PM | Show all posts
masa lia bercakap dengan hubby dia pasal loteri tuh ..... sepatutnya x ada ... di Mekah biasanya kena jaga sket percakapan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 01:33 PM | Show all posts
btw .... sangat enjoy citer nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 01:39 PM | Show all posts
Reply 169# suyfea

well.....yalah.. betul kata u.. mesti sentiasa jaga kata2..bukan aje kat Mekah tapi di mana2 juga ekk....

Bergurau boleh tetapi yg baik2 dan benar2 aje kan...

Ooopss.. dah azan... jom solat zuhor..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 07:01 PM | Show all posts
Puan Sri dha banyak berubah..alhamdulillah.
cuma Datin elly tu bila nak ubah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:18 AM | Show all posts
salam nak n3..............
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:21 AM | Show all posts
takde n3 lagi ke....sambung lagi akak smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:36 AM | Show all posts
tahniahlah kalau lia pregnant...
nak lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 11:21 AM | Show all posts
Reply 169# suyfea

betul ckp suyfea
jgn di jadikan teladan
tp kita kdg kdg alpa.... akak & kenkawan pun sama, terkeluar juga kata kata yg tak sepatutnya masa umrah
kdg kdg di bayar cash, kdg kdg Allah bayar di akhirat. Wallahualam

ingat lagi masa last umrah 2 tahun sudah, anak akak complain sebab lif lambat, terus stuck dlm lif... panik jap!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 11:31 AM | Show all posts
smiley,

x de lagi ke sambungannya?
ramai yg menanti ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 11:37 AM | Show all posts
best... ssagt....
nak n3 lg...
nak tau reaksi dahlia apabila tau dia peknen
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 11:45 AM | Show all posts
x ada n3 lagi ke......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 11:49 AM | Show all posts
sambung sikit je kali ni
....................................................................
Seperti biasa bila selesai saja solat, jemaah bergerak berpusu pusu menuju pintu. Ada yang menuju Kaabah untuk tawaf, ada juga yang mencari air zam zam. Tak kurang juga wanita Afrika yang mencari tempat selesa untuk berehat bersama anak anak. Dahlia duduk di sudut berdekatan tempat letak kasut  menunggu keadaan reda sebelum keluar. Matanya tertangkap wanita di sebelahnya.  Pakaian wanita itu kelihatan seperti jemaah Malaysia. Selalunya jemaah negara Nusantara, baik dari Malaysia , Indonesia, Brunei  rajin menyapa satu sama lain bila bertemu di masjid tapi wanita ini membisu sejak tadi. Macam orang bermasaalah pun ada, asyik menoleh kiri kanan. Dahlia memberanikan diri untuk memula bicara.

“ Assalamualaikum, orang Malaysia ke?”

Wanita di sebelahnya tersentak , terkejut agaknya. Anggukannya di susuli senyuman kecil. Makcik itu nampak agak lega.

“ Waalaikumsalam. A’ah, makcik orang Malaysia, asal dari Kuala Lumpur tapi sekarang duduk Trengganu. Nama makcik Salamah. Anak ni nama siapa?” Ramah mulut nya.

“Dahlia. Makcik baru sampai ke? Makcik tinggal di hotel mana? Datang dengan keluarga kah?” Kalau di Malaysia orang kata aku kepochi, tapi di sini di kira mengeratkan siratulrahim sesama umat.

“ Makcik tinggal di Firdaus Palace. Makcik datang dengan anak, baru semalam kami sampai. Ni makcik tengah tunggu dia lah. Dia suruh Makcik tunggu sini sampai dia datang. Makcik tak berapa ingat jalan nak balik hotel malam malam cenggini, kalau tak makcik dah balik sendiri. Perut makcik pedih. Makcik ada gastrik.” Luah wanita itu.

Kesian makcik ni. Mana pula anak dia pergi? Sekurangnya Mummy tahu cari jalan balik ke hotel kalau tak jumpa aku atau Puan Maya. Aku pula tak ada bawa apa apa makanan waima sebiji kurma pun untuk makcik ni buat alas perut.

“ Saya boleh temankan makcik balik ke hotel. Tapi nanti kalau anak makcik cari , macam mana?”

Muka wanita sebaya ibu mertuanya itu mempamerkan riak keliru. “Itu yang susah. Nanti dia marah makcik pula. Hai , mana pula perginya” Dia menggumam sendirian sambil meninjau sekeliling.

“ Dahlia temankan makcik balik, ya. Perut makcik makin pedih. ”  putus Makcik Salamah. Dahlia bangun dan  mengisi cawan plastik dengan air zam zam.

“ Makcik minum dulu air zam zam ni. Biar kurang sikit asid dalam perut. ”

Kemudian dia memimpin Makcik Salamah menuju pintu King Abdul Aziz. Hotel Firdaus Palace tidak jauh dari Masjidil Haram, lebih kurang 150 meter. Keadaan sekeliling terang dengan cahaya lampu yang melantun dari marmar yang melitupi dataran mengelilingi masjid. Cantik sungguh!  Mereka sudah sampai ke pintu bila di kejutkan dengan suara wanita yang datang dari belakang.

“ Mak! Mana nak pergi tu? Ara suruh mak tunggu kat tempat tadi” Makcik Salamah dan Dahlia menoleh serentak. Wanita bertelekung dan berjubah hitam tergesa gesa menuju mereka.

“ Lama mak tunggu. Kamu ke mana Ara?” Makcik Salamah menyoal wanita yang berwajah mirip dengannya.

“ Ara pergi ambil air zamzam, terjumpa pula kawan lama. Ara berbual sekejap saja. Ini siapa pula?” Anak Makcik Salamah memandang Dahlia.

Dahlia menghulur salam  “ Saya Dahlia. Kak, saya minta maaf kalau menyusahkan kakak. Makcik sakit perut jadi saya nak teman dia balik hotel.”

“ Mak kena gastric kah? Itulah.Ara dah cakap, mak solat saja lah kat bilik. Bila rasa lapar boleh makan.Terimakasih Dahlia sebab temankan mak akak. Dahlia tinggal di mana? Datang dengan family?” tanya anak Makcik Salamah. Macam aku pernah nampak lah, tapi di mana? Dahlia tertanya dalam hati. Tapi nama Ara tu tak pernah aku dengar pula.

“ Saya tinggal di Zam Zam. Datang berlima dengan family dan kawan. Besok dah nak balik” jelas Dahlia sambil matanya melingas sekeliling mencari Amir. Mana pula Amir? Selalunya dia ada di tempat yang di janjikan. Kalau Makcik Salamah balik dengan anak dia , aku tercongok lah di sini seorang diri. Kadang kadang takut juga bila jemaah lelaki pandang semacam. Mungkin mereka tak berniat jahat tapi aku terlebih paranoid. Lega rasanya bila ternampak Amir keluar dan menyarung selipar

“ Eh, Amir! Amir , you pun ada sini?” suara Kak Ara membuat Dahlia terpaku di tempatnya. Amir berjalan pantas kea rah mereka. Ada sesuatu di wajahnya yang membuat gerak hati Dahlia mengatakan Amir dan Kak Ara bukan setakat kenalan biasa.

“ Assalamualaikum Sarah, Makcik. Kecilnya dunia.  Siapa sangka kita bertemu di Mekah? Ini isteri I, Dahlia” Amir menarik telekung Dahlia. Dahlia sedar yang wajah Makcik Salamah dan Sarah berubah. Keceriaan turun beberapa tahap.

“ Masyaallah! Makcik tak sangka. Ingatkan anak dara tadi, rupanya isteri kamu. Ara, jomlah kita balik. “ Makcik Salamah mempercepatkan langkah.

“  Amir , jumpa lagi insyaallah” Kak Ara @ Sarah menyusul ibunya.

Nak jumpa Amir saja? Kenapa mereka tiba tiba cabut bila Amir perkenalkan aku sebgai isterinya. Bukankan Sarah sudah berumahtangga? Astaghfirullah. Pergilah semua prasangka buruk. Kenapa perlu aku berburuk sangka di tempat suci ini? Ya Allah, kau lindungilah hati ini dari segala lintasan yang tidak baik. Dia berjalan sebelah Amir menuju hotel mereka. Seperti biasa Amir menggengam tangannya. Tak kisahlah kalau batal wuduk, nak balik ke bilik dah pun.

“ Er..tadi tu… Is that Sarah, your ex?” Dahlia mengerling sudut sisi wajah suaminya. Senyuman terpalit di wajah Amir. Naluri Dahlia mengatakan senyuman itu bukan untuknya.

“ A’ah, tak sangka betul jumpa Sarah dengan emak dia di sini. I kena cerita kat Mummy. Doa Mummy dah terkabul, Alhamdulillah.” Keterujaan Amir menjerut hati Dahlia. Kenapa Mummy berdoa supaya Amir bertemu semula dengan Sarah? Pelik sungguh. Segalanya terlalu rumit untuk di fahami. Perutnya mula rasa pedih, terjangkit penyakit Makcik Salamah agaknya. Dia menarik nafas untuk meredakan gelora.

“ Are you okay, sayang?” Amir memperlahankan langkah.

“ Rasa tak sedap perut.” Dan tak sedap hati.

Muka Amir jadi cuak. “ Sampai bilik nanti, Lia kena rehat tau. Biar abang bawa makanan ke bilik. Jangan bergerak sangat. I think you over exerted yourself”

Dahlia mengangguk. Kepalanya terlalu bercelaru untuk menyanggah kata Amir. Mindanya mula menerawang ke  Jabbal Rahmah yang mereka lawati beberapa hari lalu. Semua jemaah berdoa di tempat Nabi Adam dan Hawa di pertemukan setelah berpuluh tahun berpisah di muka bumi. Kemudian Amir berjumpa Sarah. Apakah mereka di takdirkan bersama?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.073598 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list