CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34605|Reply: 229

[Tempatan] Gempar!! Warga Israel ditahan bersama 6 pistol berserta 200 peluru (kemungkinan ejen perisikan)

  [Copy link]
Post time 29-3-2024 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 31-3-2024 09:39 AM

Dikemaskini:

KUALA LUMPUR: Polis menahan pasangan suami isteri warga tempatan disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki wargaIsrael yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini.

Pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, jam 7.15 malam tadi.

Sebaik ditahan, polis membawa suspek ke kediaman mereka, juga di Kuala Selangor, sebelum menemui sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz milik mereka.

Berdasarkan maklumat sumber, suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki warga Israel yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis.

Difahamkan pasangan terbabit akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Terdahulu polis turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang, yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu.



KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bimbang dan berwaspada akan keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penahanan seorang lelaki Israel bersama beg berisi enam pucuk senjata dan 200 butir peluru, pada Rabu lalu.

Menurut Razarudin, lelaki Israel berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel Jalan Ampang, di sini, dan mendakwa suspek telah menetap di beberapa hotel sebelum dicekup polis di hotel terbabit.

“Apa yang membimbangkan bila kita lihat isu di Palestin dan Israel. Kita sangat berwaspada dengan keselamatan Perdana Menteri, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong dan pegawai-pegawai yang perlu ambil kira keselamatan mereka.

“Kita tidak percaya sepenuhnya cerita suspek, mungkin ada agenda lain,” katanya ketika sidang akhbar Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am Cheras, di sini hari ini.

Menurut Razarudin, hasil pemeriksaan mendapati suspek memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis sejak 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Apabila soal siasat dibuat, dia (suspek) telah pun memberi satu lagi pasport negara asal iaitu Israel sendiri.

“Kita telah merampas beg berisi enam senjata api. Kononnya, dia mencari seorang penama Israel juga untuk dibunuh kerana ada isu keluarga kononnya,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan di bilik hotel menemukan senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg.

Beliau yakin suspek tidak bergerak secara bersendirian dan berkemungkinan mempunyai rangkaian dengan individu tertentu yang masih belum dikenal pasti.

“Suspek tiba ke negara ini sebelum ‘order’ senjata tersebut dengan menggunakan mata wang kripto. Pembayaran senjata yang dibeli itu masih belum diketahui dan siapa yang menerima bayaran bagi transaksi tersebut.

“Dia telah masuk ke negara ini menaiki penerbangan melalui Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia,” jelasnya.

Jelasnya lagi, permohonan reman dibenarkan bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Kita akan teruskan reman sekiranya siasatan masih perlu dilanjutkan manakala suspek disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat),” ujarnya. -KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahayanya.
Takut jugak da la ada senjata api.
Tpi yng pasti ejen mosad ada dimana2.
Tunggu masa je buat onar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape network contact org Malaysia?


Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Miliki senjata api... dlm tanahair mesia tercinta. Apa obatnya?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 11:40 PM | Show all posts
“Suspek tiba ke negara ini sebelum ‘order’ senjata tersebut dengan menggunakan mata wang kripto...."

order online ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ejen Mossad ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2024 12:18 AM | Show all posts
enam 6 pistol tapi 1 orang

so..

mungkin ada 5 lagi rakan dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 29-3-2024 11:29 PM
Miliki senjata api... dlm tanahair mesia tercinta. Apa obatnya?

Bakalan mampos... hopefully takde geng dia kat luar tolong seludup dia lari dr jail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2024 12:22 AM | Show all posts
agaknya marah dgn PM Mesia

sbb..

sokong Hemes & Palestin

x bagi kapal Yis real guna port Mesia

x bagi jual kurma Yis real

donation to UNWRA

rekyat Mesia boikot stabak, McD




Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:02 AM | Show all posts
takutnya..buat dia menggila nak bom sana sini..tahniah pdrm
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by izwan_izi at 30-3-2024 01:37 AM
Decaffeinated replied at 29-3-2024 11:40 PM
“Suspek tiba ke negara ini sebelum ‘order’ senjata tersebut dengan menggunakan mata wang kripto.. ...


Rasanya guna TOR browser..ada 1 mcm market place diye...boleh order apa sahaja...

Kadang2 spy / pegawai penyiasat 1 dunia berkuntum dan lalu lalang kt dlm tu jugak..

Lebih2 lagi melibatkan bahan pornografi kanak2...

Jadi..kalau PDRM kita boleh hidu spy israel / mossad ni walaupun spy tu disyaki guna tor browser + vpn apa bagai...korang rs selamat ke handphone / pc korang..hahahahaha..

Dulu2 zaman DSN pernah dengar yg Malaysia ada 1 siatem pemantauan digital..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga israel ni yang spam forum haritu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
apa khabar acik melayu yg jadi ejen mossad tu? yg kidnap orang palestin tapi buat keje shoddy gila sampai polis dapat jejak. lepas kena tangkap senyap takde berita apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk Malaysia ni..walaupun politik mcm hampeh...

Tapi kalau bab groundwork risikan mmg power..cuma tak heboh dan gila glamer..

agent mossad yg org kate power tu pun dah berapa kali kantoi dgn perisikan Malaysia..

Kalau smpai mcmni la perisikan Malaysia boleh buat..tak mustahil kt Israel sana dan negara2 lain ada agent Malaysia..

setakat korang nk kutuk pemimpin kerajaan spt Al-Juburi / Abahcow / Bijan / Maha Firaun ape semua..Perisikan Malaysia tak layan keyboard warrior..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 30-3-2024 12:22 AM
agaknya marah dgn PM Mesia

sbb..

Iols rasa dia nak takut takutkan org msia & bg warning sebab kita penyokong tegar Palestine.. lepas ni kena elakkan berada di kawasan padat.. penembak rambang suka attack kawasan crowded..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:56 AM | Show all posts
Adoiii takutnya nasib baik kena tangkap awal warga sionist ni, lapar darah manusia dorg ni, mmg bangsattt phuiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2024 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
good job pihak berkuasa malaysia. kenapa mereka war2 kan menda ni ye. biasanya hush2 je kan takut rakyat panik ka apa. tp apa pun harap semua tertangkap la. dah knapa nk kacau malaysia yg kecik ja ni. satu dunia kut duk kutuk depa. takkan tergugat ngan malaysia ja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
waa perisikan antarabangsa ni makanan ds suhaily.
sapa pun talibarut yisrael kat sini, mohon hukum mati je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 02:36 AM | Show all posts
Kena ngap dengan D9 mesti pasal senjata api tu. Kena pancing dengan MIO dalam dark web.









Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas pdrm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.090794 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list