View: 18740|Reply: 63
|
[Tempatan]
Mengeluarkan Duit Sendiri, Hanak Hekan Herlok Belanja 100 Anak Yatim Berbuka Puasa Dekat Nando's!
[Copy link]
|
|
Haqeem mengeluarkan wang sendiri bagi menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim daripada Rumah Kasih Sayang, Bandar Tasik Puteri, Rawang pada Khamis.
Hun atau Haqeem Hermy, 26, bagaimanapun memberitahu dia terharu apabila majlis itu turut mendapat tajaan daripada sebuah restoran yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk 100 anak-anak yatim daripada rumah kebajikan tersebut.
"Tujuan saya melakukan amal kebajikan ini adalah untuk memberi semula kepada masyarakat dengan berkongsi rezeki di bulan Ramadan.
"Saya memang suka melakukan CSR dan sebelum ini saya pernah menganjurkan kerja-kerja CSR untuk membersihkan kawasan sekolah.
"Tahun ini kenapa tidak kongsi rezeki dengan anak-anak yatim. Saya pun sukakan kanak-kanak," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Dalam pada itu, pelakon drama W: Two Worlds ini juga tidak menyangka usaha murni itu turut mendapat sokongan beberapa syarikat korporat yang turut memberi sumbangan lain bagi menggembirakan hati anak-anak kurang bernasib baik itu.
Tidak hanya itu, Hun turut mengambil inisiatif menghadiahkan baju raya daripada jenama popular serta duit raya kepada penghuni rumah tersebut.
"Asalnya saya memang biaya keseluruhan kos majlis iftar ini termasuk makanan untuk berbuka.
"Tetapi tak sangka ada restoran sudi menaja dengan memberikan makanan percuma termasuk minuman ringan daripada jenama popular.
"Selain itu saya turut belikan baju raya untuk anak-anak yatim serta memberikan mereka duit raya," ujarnya.
Besar juga harapan Hun agar lebih ramai selebriti dapat memainkan peranan dalam memberi sumbangan kepada golongan memerlukan pada masa depan.
Kata Hun tiada perasaan lebih baik daripada melihat mereka menikmati makanan enak dan membuatkan dia bersemangat untuk bekerja agar dapat berkongsi lebih banyak rezeki dengan golongan memerlukan.
"Saya pun ada juga menjemput rakan-rakan artis seperti Erysha dan Fimie. Rasa gembira apabila kami dapat sama-sama berkumpul meraikan anak-anak yatim.
"Saya rasa sangat gembira melihat wajah kebahagiaan mereka (anak-anak yatim) dan ia mewujudkan perasaan kepuasan selepas dapat berkongsi rezeki dengan orang lain," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kuah peri-peri Nando's lah yang paling tak sedap di dunia, masam, takkan beli lagi sampai yaumul akhiroh |
|
|
|
|
|
|
|
Lainkali buat utk sahurrrrrrr
Bawak sekali ibu peri mimi perit |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa budak yg berlakon citer khunsa tu lagi ensem dr uols, hun haqeem |
|
|
|
|
|
|
|
Nandos meal dgn air harga lebih kurang rm35.
Okla tu belanja less than 5k. Mesti mampu |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 jarang suka nandos. Tapi jadi la budak2 tu dapat merasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Hensemnya Hun Haqeem |
|
|
|
|
|
|
|
Wow.makin melonjak la saham dia.
walaopon ada video capmelan.
Tetap sesuci lebaran. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 30-3-2024 02:08 PM
Kuah peri-peri Nando's lah yang paling tak sedap di dunia, masam, takkan beli lagi sampai yaumul akh ...
Amboi kaka Cesna dah pandai yerab ya. Meols siap kan pastyear upkk anak baru tahu yaumul tu apa hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
first time makan nando masa awal2 dia buka kedai kt Malaysia x sangka masih bertahan, sbb aku rasa x sedap masa tu, sedap lgi kepsi |
|
|
|
|
|
|
|
Ahriman replied at 30-3-2024 08:37 PM
Wow.makin melonjak la saham dia.
walaopon ada video capmelan.
Tetap sesuci lebaran.
Dahulu keluarkan air money sundri, sekarang keluarkan duit sundri lah pula |
|
|
|
|
|
|
|
Jilaka ingatkan pemuda sembarangan mana, rupa2nya retis. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 30-3-2024 06:08 AM
Kuah peri-peri Nando's lah yang paling tak sedap di dunia, masam, takkan beli lagi sampai yaumul akh ...
Kalau tak boikod KFC, musti dah pi KFC. |
|
|
|
|
|
|
| |
|