CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6542|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis cedera selepas motosikal dilanggar ketika operasi

[Copy link]
Post time 31-3-2024 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Polis cedera selepas motosikal dilanggar ketika operasi


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan




Butterworth: Seorang anggota polis mengalami beberapa kecederaan termasuk patah tulang rusuk selepas motosikal ditunggang dilanggar motosikal lelaki di Kilometer (KM) 121.5 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Utara, di sini, awal pagi semalam.

Terdahulu, anggota polis itu bersama seorang lagi rakan sekerjanya mengekori dua motosikal Yamaha Y15 dinaiki dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun yang cuba meloloskan diri daripada ditahan selepas didapati menunggang dalam keadaan berbahaya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, kedua-dua suspek dikesan bertindak sedemikian melalui Op Samseng Jalanan yang diadakan kira-kira 3 pagi semalam di kawasan Kampung Teluk, Sungai Dua dan Lebuhraya Lingkaran Luar (BORR)

Menurutnya, hasil pemerhatian di kawasan lampu isyarat Kampung Teluk mendapati terdapat beberapa kumpulan motosikal sedang berkumpul dan menunggang secara berbahaya.

"Ketika pemerhatian, didapati terdapat dua lelaki berlumba sesama sendiri serta melakukan aksi berbahaya yang memaksa dua anggota polis kemudian mengekori kedua-dua motosikal terbabit yang cuba meloloskan diri ke arah Sungai Petani, Kedah.

"Apabila tiba di KM 121.5 PLUS, Arah Utara kedua-dua anggota cuba menahan motosikal terbabit, namun secara tiba-tiba satu daripada motosikal remaja itu melanggar motosikal seorang daripada anggota (kita) menyebabkan kedua-duanya (polis dan remaja berkenaan) terjatuh," katanya dalam kenyataan, di sini, malam tadi.

Siti Nor Salawati berkata, pelanggaran itu menyebabkan anggota yang dilanggar mengalami kecederaan patah tulang rusuk kiri, bengkak pada kaki kiri dan berlaku gegaran pada kepala serta luka-luka kecil.

"Manakala remaja terbabit hanya mengalami luka ringan. Kedua-dua remaja itu kemudian ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut.

"Pemeriksaan yang dijalankan ke atas motosikal ditunggangi mendapati sebuah daripadanya menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 108(3)(f) akta sama dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Mereka juga turut akan disiasat mengikut Seksyen 353/186 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap penjawat awam dan menghalang anggota menjalankan tugas," katanya.



Disiarkan pada: Mac 31, 2024 @ 8:23am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.507552 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list