CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8418|Reply: 0

[Pahang] 21 pekebun rugi TKPM Inderapura terbakar

[Copy link]
Post time 31-3-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kebun Jaafar Hashim apabila para tanaman timun mini runtuh selepas kayu tiang penyokongnya terbakar di Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Kebakaran hutan tanah gambut Jabatan Pertanian negeri seluas 30 hektar milik di sini Jumaat lalu turut memusnahkan kebun sayur projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura diusahakan 21 peserta.

Beberapa pekebun mengalami kerugian besar apabila polibeg dan para kayu tanaman menggunakan sistem fertigasi runtuh selepas terbakar.

Pekebun, Jaafar Hashim, 62 berkata, dia kerugian lebih RM20,000 apabila para kayu tanaman timun runtuh selepas kayu tiang penyokongnya terbakar pada hari pertama kebakaran berlaku di kawasan ini.

Menurutnya, ini kejadian kebakaran kali pertama berlaku berskala besar di TKPM Inderapura, sebelum ini beberapa kali kebakaran berlaku namun hanya membabitkan kawasan yang tidak luas.


Katanya, kejadian kebakaran bermula minggu lalu merebak begitu cepat berikutan cuaca panas dan angin kencang berlaku di kawasan ini. Usaha memadam api dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang berkampung di sini.

Jaafar berkata, TKPM Inderapura sebelum ini pernah dilanda banjir besar yang turut menyebabkan kerugian pada pekebun apabila pokok mati, namun kejadian kebakaran yang berlaku kali ini menyebabkan kemusnahan struktur binaan para tanaman.

Bagi Khairul Azhan Zainal Abidin, 52, dia kerugian lebih RM100,000 selepas tiga kawasan tanaman sayur miliknya musnah sepenuhnya.

Menurutnya, selepas beberapa hari kerja meracun rumpai dilakukan dalam kawasan kebun, kebakaran berlaku menyebabkan api cepat merebak dan sukar dikawal.

"Api yang merebak dalam kawasan kebun menyebabkan tali pengikat polibeg putus, saya tidak mampu berbuat apa-apa apabila begitu cepat merebak.

"Saya hanya mampu berserah apabila melihat satu persatu polibeg tanaman timun jatuh ke bumi, Ramadan kali ini begitu menguji keimanan pekebun di TKPM Inderapura yang masing-masing menanggung kerugian," katanya yang lebih 12 tahun sebagai pekebun.

Beliau berkata kira-kira 70 hingga 80 peratus kawasan TKPM Inderapura seluas lebih 40 hektar yang diusahakan 21 peserta terjejas akibat kebakaran kali ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... inderapura-terbakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051525 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list