CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5543|Reply: 20

[Tempatan] Bua Loy indah dilihat, enak dimakan

[Copy link]
Post time 31-3-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Bua Loy indah dilihat, enak dimakan
Oleh
ADILA SHARINNI WAHID
31 Mac 2024 08:30am


Nur Nadira menunjukkan Bua Loy yang siap untuk dinikmati.


KOTA BHARU - Tidak lengkap berbuka puasa jika tiada pencuci mulut yang dianggap ‘penutup’ setelah menikmati hidangan berat.

Terdapat pelbagai jenis juadah boleh dinikmati, namun jika ingin melegakan tekak dengan rasa manis-manis berlemak, Bua Loy sesuai dijadikan pilihan.

Seorang peniaga, Nur Nadira Mohd Nasir, 25, berkata, Bua Loy ialah makanan dalam kalangan penduduk kampung di wilayah Yala, Patani dan Narathirawat, Thailand.

Proses membentuk Bua Loy menjadi bunga dilakukan Nur Nadira (tengah) bersama dua pekerjanya.

“Pencuci mulut ini baru mula dikenali di negeri-negeri lain di Thailand dan saya bawa ke bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV kali ini untuk dirasai penduduk di Kelantan. Tak perlu lagi ke Thailand jika ingin menikmatinya.

“Sebenarnya rasa Bua Loy tidaklah terlalu kompleks dan hampir sama dengan pencuci mulut yang terdapat di negara kita seperti butir nangka, namun sedikit berbeza kerana kuahnya tidak dicampur halba, sebaliknya dimakan dengan isi kelapa muda atau isi nangka ranum,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Wakaf Che Yeh di sini pada Jumaat.

Nur Nadira menghasilkan Bua Loy berbentuk bunga berwarna merah jambu, biru muda dan kuning cair.

Menurut ibu dua cahaya mata itu, Bua Loy dihasilkan menggunakan tepung beras pulut, digaul dengan sedikit tepung ubi yang dibentuk menjadi doh bulat sebesar guli.

Katanya, sebahagian doh dimasukkan pewarna hijau pandan, manakala selebihnya dibiarkan putih sebelum direbus.

Bagaimanapun, menurut Nur Nadira, dia mengolah doh asal dengan menukar warna biji Bua Loy kepada merah jambu, biru muda dan kuning cair menggunakan pewarna masakan serta mencampurkan sedikit garam dan gula sebelum mencantumkannya menjadi bentuk bunga-bunga yang comel.

“Pada asalnya saya pernah menikmati Bua Loy ketika berkunjung ke Thailand sebelum ini dan tiba-tiba teringin untuk menikmatinya pada 1 Ramadan lalu sebelum mengetahui saya mengandung sebulan.

Bua Loy enak dimakan ketika sejuk atau bersama ais.

“Doh bunga-bunga yang sudah siap direbus kemudian akan dimasak sekali lagi bersama kuah santan dan daun pandan serta dimasukkan isi kelapa muda atau nangka,” katanya.

Tambahnya, isi kelapa muda atau nangka tidak boleh dicampurkan bersama kerana akan mengganggu atau menghilangkan rasa asli Bua Loy.

“Jadi, Bua Loy saya ini memang ada dua versi iaitu isi kelapa muda dan satu lagi isi nangka.

Nur Nadira memasukkan isi kelapa ke dalam kuah santan Bua Loy yang dihasilkannya.

“Bua Loy isi kelapa muda menjadi pilihan peribadi dan kegemaran saya kerana baunya tidaklah sekuat bau Bua Loy yang dicampurkan dengan isi nangka, selain sangat enak dimakan ketika sejuk atau ditambah ais,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pewarna perwarna pewarna
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
X de inti kn? Mcm badak berendam cuma x de inti kelapa manis.kukus letak nangka/kelapa muda..dapnya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah makan, sedap ke tak?? rupa comel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2024 03:08 PM | Show all posts
Cara nak buat versi original. Warna itu datang dari daun pandan, ubi keledek & labu. Bukan sekadar letak pewarna


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuih muih nusantara rata2 guna tepung beras/pulut dan ubi.

Kuih muih tepung gandum buat perut sebu jaa iols tak berapa gemar.

Bulan puasa biasanya iols akan cari kuih muih gluten free yg ada santan n gula merah tp tahun ni nekad takmo mkn kuih muih manis dah.
Air manis mmg dah tak minum berbelas tahun.
Pemanis mulut  nnt hanya di mkn bila meraikan hari2 penting je cth hari raya ke kenduri kawen, hari lahir dan ulangtahun perkahwinan.
Harap mampu istiqamah laa hahaa selama ni takda la mkn byk kalau kuih tu seketul je kek plak sejuring tu kongsi2 la 2-3 org.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pencuci mulut Maharaja Thai.

Melayu makan pencuci mulut raja Melayu lah....ade?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 31-3-2024 03:08 PM
Cara nak buat versi original. Warna itu datang dari daun pandan, ubi keledek & labu. Bukan sekadar l ...

pernah makan. versi gini, sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2024 10:56 PM | Show all posts
kena try ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 31-3-2024 08:13 PM
Ni pencuci mulut Maharaja Thai.

Melayu makan pencuci mulut raja Melayu lah....ade?

Puding raja


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 31-3-2024 11:44 PM
Puding raja

Kena tanya Che Minah Sayang... viralkan pencuci mulut dia...biar dia dictate ralyat dia untuk appreciate local foods
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 01:09 PM | Show all posts
I suka buat guna labu. Sedappp…Gentel2 jd bentuk labu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:18 PM | Show all posts
I suka dessert, buka puasa mesti kena ada dessert baru mcm lengkap.. Selalu beli jellyball tu mkn dgn susu cair letak lah mangga ke apa2 janji buat pemanis mulut

Baru lengkap
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 03:14 PM | Show all posts
tgk rupa da color tak menarik pon.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 31-3-2024 08:13 PM
Ni pencuci mulut Maharaja Thai.

Melayu makan pencuci mulut raja Melayu lah....ade?

Thai  tu pun ambik kuih dari portugis
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 1-4-2024 03:38 PM
Thai  tu pun ambik kuih dari portugis

Tak kesah la dari Portugis ke apa...yang Penting bangsa Thai berjaya cari identiti, karakter and very distinct compared to etnik kecil Melayu, resepi Che Minah Sayang dipandang sendu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
maniz mek nur nadira
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 1-4-2024 07:58 PM
Tak kesah la dari Portugis ke apa...yang Penting bangsa Thai berjaya cari identiti, karakter and v ...

Ceh dah nama pun berjiran mestilah kuih nak dekat sama
Bagi aku apa dia kuih bugis yg sedap? Makanan indon semua sama ja tak sedap
Bab makan kau orang tak usah challenge kamilah...cuba cabar org melaka dulu

Aku tak tahu apa benda pun makann bugis/indon
Nalah makanan indonesia bnyak tiru makanan cina
Tasteless/dirty/ tak kreatif
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 2-4-2024 02:04 AM
Ceh dah nama pun berjiran mestilah kuih nak dekat sama
Bagi aku apa dia kuih bugis yg sedap? Makan ...

Tiba sebut Bugis...orang sembang pasal Bua Loy, ko sembang pasal Bugis.

Nampak sangat you take it personal
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 2-4-2024 02:04 AM
Ceh dah nama pun berjiran mestilah kuih nak dekat sama
Bagi aku apa dia kuih bugis yg sedap? Makan ...


Pakai je resepi kuih Che Minah Sayang kau tu...nak pakai resepi Bangkok kenape...ko fikir Bangkok dengan Kelantan tu dekat ke??? Dekat lagi Kelantan dengan Parit Jawa dan Parit Bugis.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.077862 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list