CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4662|Reply: 0

[Johor] Tabika Kemas dipecah masuk, pencuri bawa lari barangan elektrik dan makanan

[Copy link]
Post time 1-4-2024 11:41 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN pintu pagar sebuah Tabika Kemas di Simpang Renggam selepas dipecah masuk pencuri pencuri hujung minggu baru-baru ini.

KLUANG – Sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Kampung Sahari di Simpang Renggam mengalami kerugian kira-kira RM1,000 selepas dipecah masuk pencuri.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 29 hingga 30 Mac itu hanya disedari semalam ketika Tabika itu dibuka semula selepas cuti hujung minggu.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek masuk melalui pintu belakang berdasarkan kesan skru yang ditanggalkan pada pintu grill dan pintu dalam keadaan tidak berkunci.

“Berikutan kejadian itu, Tabika berkenaan mengalami kehilangan sebuah televisyen 36 inci, sebuah kipas angin duduk, tiga kampit beras 5 kg, satu kotak coco crunch, sebungkus pek milo 1 kg, sebungkus susu tepung 1kg, satu buku roti, dan duit syiling Tabika anggaran kira-kira RM30.

“Turut dicuri adalah serbuk Milo yang diletakkan dalam satu tupperware, satu bungkus Oligo, sebotol minyak masak 5kg, tiga bungkus biskut serta satu tong gas dengan anggaran kerugian lebih kurang RM1,000,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, pihaknya kini sedang memburu suspek bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, orang ramai yang ada melihat sebarang kejadian yang mencurigakan pada dua hari tersebut boleh menghubungi Balai Polis Simpang Renggam untuk menyalurkan maklumat.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ektrik-dan-makanan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.051349 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list