CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15542|Reply: 0

[Perlis] Urus Felda dengan lebih baik - Anwar

[Copy link]
Post time 2-4-2024 12:21 AM | Show all posts |Read mode
Urus Felda dengan lebih baik - Anwar


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



ANWAR bersama Shukri (kiri) mengacau bubur lambuk yang dimasak semasa Majlis Berbuka Puasa MADANI di Felda Chuping, Padang Besar hari ini. FOTO Aizat Sharif




Padang Besar: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu diurus dengan lebih baik dalam memastikan organisasi itu terus kekal relevan pada waktu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tadbir urus Felda perlu seiring dengan keadaan semasa.

"Felda perlu diurus dengan baik dengan meninggalkan pengalaman yang merugikan pada masa lalu dan membawanya ke hadapan dengan lebih baik.

"Tadbir urus Felda yang baik bukan hanya terhad kepada pengurusan semata-mata tetapi membabitkan seluruh warga Felda di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Perlis 2024 di Felda Chuping, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Anwar berkata, banyak perubahan yang sudah dilakukan kerajaan dalam kelangsungan Felda di negara ini.

"Dahulunya Felda ini adalah satu kawasan yang agak gelap gelita tetapi kita ia sudah ditambah baik dengan kemudahan lampu jalan yang banyak.

"Kita juga mendengar rintihan orang Felda seperti menyediakan pusat dialisis di setiap Felda, supaya tidak perlu ke Kangar untuk menjalani dialisis.

"Kemudahan perumahan di Felda yang juga kita tambah," katanya.



Disiarkan pada: April 1, 2024 @ 9:41pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050575 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list