CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15434|Reply: 1

[Tempatan] PMX kata hospital, asrama sekolah, kem tentera dan polis menggunakan beras putih import untuk memudahkan rakyat mendapatkan bekalan beras tempatan.

[Copy link]
Post time 2-4-2024 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 2-4-2024 12:47 AM

PADANG BESAR – Kerajaan memutuskan supaya institusi kerajaan seperti hospital, asrama sekolah, kem tentera dan polis menggunakan beras putih import bermula hari ini dalam usaha memudahkan rakyat mendapatkan bekalan beras tempatan.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat boleh menikmati beras tempatan sekiranya institusi berkenaan tidak bergantung sepenuhnya kepada bekalan beras putih tempatan dengan menggunakan beras import.

“Saya beritahu Ketua Setiausaha (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) cari jalan bagi memastikan kilang yang ada beras tempatan hantar sekurang-kurangnya kepada FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dan pejabat LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) supaya sampai kepada rakyat, tetapi apakah cukup beras tempatan, tak cukup sebab pengeluarannya terbatas.

“Bagaimana nak bantu lagi rakyat dapat harga barang murah? Maka kerajaan bermula hari ini, 1 April, memutuskan semua keperluan di tentera, polis, sekolah, asrama, hospital digunakan beras import supaya beras murah tempatan boleh dibeli oleh rakyat … maka keperluan rakyat dipermudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Perlis di Masjid Nurul Huda Felda Chuping dekat sini pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Pada 25 Mac lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata, sebarang kontrak kerajaan melibatkan pengedaran beras akan menggunakan beras putih import bermula April ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 12:58 AM | Show all posts
makanan ruji rakyat pon tak terjaga

masih ada yang masih percaya kerajaan PH ni bagus ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048302 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list