CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8445|Reply: 1

[Dunia] Gaza: Hospital Al Shifa sudah musnah sama sekali, bertukar jadi kuburan pesakit

[Copy link]
Post time 2-4-2024 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Gaza: Hospital Al Shifa sudah musnah sama sekali, bertukar jadi kuburan pesakit

https://www.bharian.com.my/berit ... ekali-bertukar-jadi

Oleh Suraya Ali - April 2, 2024 @ 8:06am
suraya.ali@bh.com.my


Warga Palestin meninjau kerosakan di Hospital Al Shifa selepas tentera Zionis meninggalkan kawasan hospital itu selepas operasi selama dua minggu. - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Setelah dua minggu diserang, dikepung dan musnah terbakar, tentera Israel meninggalkan bangunan Hospital Al Shifa di Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Gaza, Omar Sayem memberitahu BH bangunan hospital yang dibina 78 tahun lalu dibakar sehingga musnah sama sekali kini menjadi kuburan pesakit, kakitangan perubatan, saudara mara dan pelarian.

"Hari ini, kita menyaksikan kemusnahan sepenuhnya oleh Israel terhadap hospital berkapasiti 700 katil yang paling penting di Gaza, iaitu Kompleks Perubatan Al Shifa," katanya kepada BH ketika dihubungi hari ini.

Omar berkata hospital itu ditubuhkan 78 tahun lalu dengan mandat kerajaan British dan nama Shifa yang bermaksud 'Rumah Penyembuhan'; kini bertukar menjadi 'Rumah Kematian' akibat kekejaman oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang menyokongnya.


Warga Palestin meninjau kerosakan di Hospital Al Shifa selepas tentera Zionis meninggalkan kawasan hospital itu selepas operasi selama dua minggu. - Foto Reuters

"Simbol besar-besaran politik penjajahan Israel yang tidak berhati perut dan dengan matlamat untuk menghapuskan rakyat Palestin, institusi sosial dan kehidupan kami.

"Kerajaan AS, Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK) patut berasa malu kerana bersubahat dan menyokong jenayah perang Israel dan kekejaman terhadap semua manusia.

"Lihatlah dengan teliti medan pembunuhan di Syifa, jangan sekali-kali melupakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, pelaku dan kuasa yang terlibat," katanya.

Ditanya sama ada bangunan itu dapat dibaik pulih, Omar berkata hospital Al Shifa musnah sepenuhnya dan tidak mungkin boleh digunakan lagi.

"Hospital Al shifa adalah kompleks perubatan terbesar dan telah musnah dan terbakar sepenuhnya," katanya.


Warga Palestin meninjau kerosakan di Hospital Al Shifa selepas tentera Zionis meninggalkan kawasan hospital itu selepas operasi selama dua minggu. - Foto Reuters

Keadaan di Gaza semakin tenat

Omar berkata bantuan yang dihantar melalui udara terlalu sedikit berbanding keperluan penduduk di sana.

"Penghantaran melalui udara tidak dapat menyelesaikan masalah kebuluran. Kami memerlukan lebih daripada 1,000 lori makanan dan ubat setiap hari," katanya.

Omar berkata bantuan yang dihantar melalui udara itu turut menyebabkan kematian pelarian apabila bantuan dengan kotak yang berat dan besar itu jatuh atas kepala mereka dan ada yang mengheret mereka ke laut ketika cuba mendapatkannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnye yahoodi. Ni ker contoh the chosen one? Representation kiriman Tuhan?
Macam jauh sekali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051809 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list