CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6882|Reply: 0

[Johor] Tak puas hati diejek, salah faham punca buli

[Copy link]
Post time 2-4-2024 11:09 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar tular remaja lelaki dipukul sekumpulan lelaki di sebuah pondok. - Foto tular

JOHOR BAHRU: Tidak puas hati selepas berlaku selisih faham dan ejek mengejek dipercayai punca seorang remaja lelaki dipukul di sebuah pondok di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata video remaja tersebut dipukul sekumpulan remaja lelaki tular di media sosial sejak semalam.

Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 14 Mei tahun lalu jam 2 petang di sebuah pondok tepi padang bola kawasan Taman Puteri Wangsa di sini.

"Mangsa berusia 17 tahun telah membuat laporan polis pada hari sama, menyatakan dipukul beberapa individu tidak dikenali.


"Kejadian berpunca perasaan tidak puas hati selepas berlaku perselisihan faham, serta ejek mengejek antara mangsa dengan suspek terlibat ketiks beriadah di lokasi kejadian.

"Dalam kejadian itu, mangsa tidak cedera dan tidak menerima rawatan Hospital.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan semua suspek terbabit," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu tular dua video berdurasi 37 saat dan tujuh saat yang memaparkan remaja itu ditumbuk beberapa kali ketika sedang duduk oleh sekumpulan lelaki.
https://www.bharian.com.my/berit ... ah-faham-punca-buli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.096346 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list