CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4469|Reply: 0

Kelab penyokong Chelsea ceriakan anak yatim

[Copy link]
Post time 3-4-2024 03:05 PM | Show all posts |Read mode

Kelab penyokong Chelsea, Malaysia Blues Army (MBA) meraikan anak yatim dari Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang, Ahad lalu.

KUALA LUMPUR: Kelab penyokong jelas bukan ditubuhkan semata-mata untuk menyokong pasukan kegemaran malah ada nilai tambah yang diberikan apabila turut menyumbang kembali kepada komuniti khususnya kepada golongan memerlukan.

Atas inisiatif ini, kelab penyokong Chelsea iaitu Malaysia Blues Army (MBA) meneruskan tradisi meraikan anak yatim apabila kali ini menganjurkan program berbuka puasa dan menyerahkan sumbangan kepada penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang, Ahad lalu.

Lebih menarik, ini adalah tahun ke-12 buat MBA menganjurkan program ini sekali gus membuktikan bola sepak sebagaii medium terbaik untuk menyemarakkan lagi sokongan dan bantuan khususnya kepada golongan memerlukan seperti anak yatim.

Penganjur program, Al Qomarul Kamal Yaakub berkata, penganjuran program seperti ini sememangnya dinantikan oleh MBA dan mereka gembira apabila turut sama meraikan golongan yang kurang bertuah.


"Mungkin sumbangannya tidaklah begitu gah tetapi kami akan cuba untuk menggembirakan golongan kurang bernasib baik ini apatah lagi golongan anak yatim.

"Bukan sahaja barang keperluan tetapi kami menyampaikan sedikit wang tunai kepada penjaga dan juga memberikan duit raya kepada lebih 30 anak yatim di rumah terbabit.

"Program berjalan dengan lancar dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang terus bersama-sama kita menjayakan program sebegini setiap tahun," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ceriakan-anak-yatim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054298 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list