CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5921|Reply: 8

[Dunia] Selepas 27 tahun dalam buruan, lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 3-4-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-4-2024 12:12 AM

Selepas 27 tahun dalam buruan, lelaki ditahan[size=0.82]April 3, 2024 @ 1:09am

Richard Burrows yang dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak, ditahan di Heathrow pada Khamis selepas pulang ke United Kingdom dari Thailand. - Foto X/@JudithMoritz

PreviousNext

LONDON: Seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun ditahan di sebuah lapangan terbang selepas 27 tahun melarikan diri, kata polis Britain, lapor PA Media/dpa.

Richard Burrows, yang dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak, ditahan di Heathrow pada Khamis selepas pulang ke United Kingdom (UK) dari Thailand, kata jurucakap Polis Cheshire.

Pasukan itu berkata, beliau dikehendaki sejak Disember 1997 apabila gagal hadir ke Mahkamah Chester Crown untuk menghadapi perbicaraan bagi dua tuduhan liwat dan 11 tuduhan serangan sumbang.

Tuduhan itu berkaitan dakwaan penderaan di antara 1969 dan 1971, yang dilaporkan berlaku di rumah kanak-kanak di Congleton, Cheshire dan di West Midlands.

Inspektor Detektif Eleanor Atkinson, dari Polis Cheshire, berkata: "Keazaman kami untuk mengesan Burrows tidak pernah luntur sejak 27 tahun yang lepas dan penahanannya menandakan satu langkah penting dalam kes ini dan permulaan penutupan bagi semua yang terlibat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas maklumat yang mereka berikan selama ini semasa kami mencari Burrows.

"Saya juga berharap penangkapannya menjadi amaran kepada mana-mana suspek lain yang dikehendaki - menunjukkan tidak kira berapa lama anda bersembunyi, kami akan menemui anda dan anda akan ditangkap."

Usaha untuk menjejaki Burrows sejak kehilangannya termasuk rayuan Crimewatch pada 1998.

Pegawai perhubungan antarabangsa Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) di Thailand, Duncan Burrage berkata: "Dengan menggunakan rangkaian antarabangsa kami dan bekerjasama rapat dengan rakan-rakan Polis Cheshire, kami dapat mengesan pelarian yang dikehendaki berkaitan dengan tuduhan yang sangat serius."

Burrows direman dan dijangka hadir di Mahkamah Mahkota Chester pada Selasa, kata jurucakap polis. – BERNAMA-PA MEDIA/dpa

https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2024/04/1230920/selepas-27-tahun-dalam-buruan-lelaki-ditahan



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka ko atok pedo!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp dia balik jugak...kalau dok kat siam tu sah2 le sampai mati X dpt tangkap.. agaknya atok ni balik sbb ingat nak mati kat kampong sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 03:30 PM | Show all posts
mesti balik sbb xlarat dihantui kesalahan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 03:30 PM | Show all posts
mesti balik sbb xlarat dihantui kesalahan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara tu entah berapa ramai yg dikacauganggu di Thailand.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2024 04:26 PM | Show all posts
kokesen pedo mendoniyah...dulu siap nak tambah LBGTP hare...punya ummah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-4-2024 03:44 PM
Sementara tu entah berapa ramai yg dikacauganggu di Thailand.

Exactly .mat saleh mmg ada kan dtg sana..acah2 jd cikgu inglish..ada kes pedo gay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap besar balik England.. Patut dia balik Malaysia. Selain ramai pentaksub England, di Malaysia peliwat sangat dipandang mulia.. Diberikan peluang menjadi Perdana Menteri dan  baca khutbah lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.059455 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list