View: 2254|Reply: 0
|
Fifa tarik balik sekatan ke atas KL City
[Copy link]
|
|
STANLEY sahkan penarikan balik sekatan oleh Fifa.
Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City (KL City) FC tidak berhadapan masalah untuk membeli belah pemain pada musim ini apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sudah melepaskan pasukan terbabit daripada sekatan pendaftaran pemain.
Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard menyatakan perkembangan mengenai sekatan pendaftaran pemain ditarik balik itu sudahpun disahkan FIFA sendiri menerusi Sekretariat Umum Fifa dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"KL City FC sudah lunaskan (hutang bekas pemain) pada 27 Mac jadi KL City FC sudah dibebaskan daripada sekatan pendaftaran pemain," katanya.
Selain itu, Stanley turut berkongsi dua pucuk surat daripada Sekretariat Umum Fifa dan juga FAM yang mengesahkan mengenai perkara terbabit.
Menerusi surat daripada Sekretariat Umum Fifa, badan induk bola sepak antarabangsa itu memaklumkan kes terbabit sudah ditutup sekali gus menyaksikan sekatan pendaftaran pemain yang dikenakan ke atas KL City FC ditarik.
Dalam surat daripada FAM yang ditandatangani Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman, FAM mengesahkan kes diselesaikan selepas pembayaran penuh diterima sepenuhnya responden.
Oleh itu, perintah larangan pendaftaran pemain tempatan dan antarabangsa ke atas KL City FC ditarik balik serta merta.
Sebagai rekod, skuad 'Warga Kota' sudah membawa masuk beberapa pemain tempatan baharu seperti Brendan Gan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Nick Swirad dan juga S Sharvin.
Terdahulu, KL City FC menjadi satu daripada enam pasukan Liga M yang dikenakan sekatan pendaftaran pemain oleh badan induk bola sepak antarabangsa itu berdasarkan semakan di laman sesawang knowledge.fifa.com.
Selain KL City FC, lima lagi pasukan adalah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kelantan FC, Melaka United (MU) Sarawak United dan juga Perlis FA.
Semakan lanjut mendapati dua pasukan Liga Super masing-masing KL City FC mula dikenakan sekatan perpindahan pada 1 Februari lalu manakala KDA FC bermula 4 Mac.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tan-ke-atas-kl-city |
|
|
|
|
|
|
| |
|