CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8933|Reply: 4

Wanita Kesal Ibu Mentua Dituduh Curi Iphone Dalam Masjid

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:25 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila ibu mentuanya dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah masjid.


Melalui perkongsian wanita itu di laman X, kejadian itu berlaku sebaik sahaja ibu mentuanya selesai solat subuh berjemaah di sebuah masjid di Bangi, Selangor semalam.


“Kesian mak mentua kena tuduh curi iPhone orang dekat masjid pagi tadi. Malu dia. Tahu kakak itu pregnant (mengandung), tapi cara cakap janganlah melulu, orang tua kot,” tulis wanita itu.


Katanya dia berasa kecewa apabila ibu mentuanya dituduh secara melulu sedangkan dia boleh meminta untuk melihat televisyen litar tertutup (CCTV).


“Benda boleh check (periksa) CCTV, sekali iPhone nya dalam bag siak. Isteri siak tolong pegangkan. Drama tv3 betul,” katanya.


Katanya, sebaik sahaja mendapati telefon bimbit tidak dicuri, wanita terbabit hanya meminta maaf begitu sahaja dan pergi meninggalkan masjid berkenaan.


“Dia pergi masjid sebab 10 malam terakhir. Pagi tadi kebetulan suami saya baru ada masa dan boleh bawa. Dia dah lah tak sihat, tapi nak juga jemaah subuh. Lepas itu jadi begini, patah teruk hati dia,” katanya.




Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita tersebut dan menggesa pihak berkenaan tampil dan memohon maaf.


“Saman kakak tu, kesian orang tua tu,tak pasal-pasal kena tuduh. Kalau jadi dekat saya, memang tak akan masuk masjid lagi. Trauma,” kata Dafinah.


“Suka hati saja tuduh orang. Kesian ibu mentua awak. Dah salah tu, bagilah duit ke, belanja makan berbuka ke,” kata Khals.


“Barannya baca. Saman jelah. Biadab main tuduh-tuduh,” kata Newar.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 08:12 AM | Show all posts
“Saman kakak tu, kesian orang tua tu,tak pasal-pasal kena tuduh. Kalau jadi dekat saya, memang tak akan masuk masjid lagi. Trauma,” kata Dafinah.

overnya kau Dafinahhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 09:17 AM | Show all posts
Pompuan yg tuduh tu mesti solat taknak ke depan biar lompong saf - kataku berspeku.. ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 12:06 PM | Show all posts
kalau bukan hasanah, report polis pastu saman je la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 03:22 PM | Show all posts
Ni dia bebenang di Twitter ittew.
Pompuan mental mana yg suka tudoh2 tu? Sendirik salah letak ipong bila hilang kemainnnnn tuduh org lain. Wah3!!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.055902 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list