CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14254|Reply: 55

[Tempatan] Nak dapat RM200 sehari pun susah

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 07:58 AM | Show all posts |Read mode

MELAKA – “Sejak berniaga di sini dua tahun lalu, belum pernah jualan merosot sebegini teruk sampai nak dapat RM200 sehari pun susah berbanding dulu lebih RM1,000,”.


Itu keluhan peniaga bunga api dan mercun, Ashwad Abd Rahim, 32, apabila khemah jualan dibuka di tepi jalan besar di hadapan Pasar Borong Batu Berendam, di sini, sejak dua minggu lalu terus sepi.


Menurutnya, keadaan itu jauh berbeza dengan dua tahun lalu yang pernah merekodkan jualan sehingga lebih RM1,000 sehari bermula pukul 3 petang sehingga 3 pagi.


Salah satu faktornya mungkin pengguna sudah beralih kepada pembelian kombo secara dalam talian yang lebih murah walaupun berisiko terbeli mercun atau bunga api stok lama yang belum tentu selamat digunakan.


“Saya harap pihak berkuasa dapat memantau perkara ini kerana ia tidak adil kepada peniaga seperti saya yang mempunyai permit jualan,” katanya yang menjual lebih 36 jenis mercun dan bunga api sehingga hari raya ke tiga.


Pandangan sama dikongsikan peniaga di Klebang yang hanya mahu dikenali Faiz mendakwa kuasa membeli berkurangan mungkin berpunca daripada harga barang keperluan yang semakin meningkat.


“Berbanding dua tahun dulu, mungkin waktu itu ibu bapa sanggup berhabis duit kerana dua tahun tak dapat beraya disebabkan pandemik Covid-19.


“Faktor lain pula mungkin mereka sudah banyak berhabis wang untuk keperluan penggal persekolahan anak yang baru dibuka 10 Mac lalu,” katanya.


Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette mendapati rata-rata pelanggan hanya membeli bunga api atau mercun yang berharga antara RM10 hingga RM30 dalam kuantiti yang sedikit. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa nak bakar duit. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak sempat nak beli tahun ni.. uwaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:45 AM | Show all posts

veval nk bkr duittt
baikk cekikkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:45 AM | Show all posts
Kat kawasan rumah ni ada berapa buah khemah pacak jual mercun, besar2 pulak tu khemah nya.. Nak tanya untung banyak ke jual mercun ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:50 AM | Show all posts
Jualan agak merosot tetapi setiap hari dengar orang main mercun, mungkin beli online?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2024 11:58 AM | Show all posts
mercun dan bunga api haram...cam beli daging babi
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 12:46 PM | Show all posts
sebelum-sebelum ni rsnya berhabis beratus-ratus untuk beli mercun apa semua,.,tapi tahun ni dah sampai penghujung puasa pun belum beli lagi,,sebab keadaan kewangan keluarga x begitu mengizinkan..jadi dari beli mercun baiklah beli ayam ke daging ke boleh juga buat makan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ada jusl online kah mercun, adakah lebih murah
sempat x pos dpt sblm raya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 5-4-2024 01:24 PM
ada jusl online kah mercun, adakah lebih murah
sempat x pos dpt sblm raya

Dah tak sempat dah, semua dah start balik kampung besok, tak ada staff jaga, cuti satu minggu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa betulah tuh..tmpt aku ni jarang btol dgr orh main mercun..ni dh mlm 7likur slalu rami dh budak2 main
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 03:20 PM | Show all posts
alahh ade jugak yg duk buka gerai jual bunga api tahun lepas... dia x bg sebeban.. diorang campur-2 masuk dalam yg baru... tu la antara punca x de org beli + mahai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dh living cost naik, org nak makan pun tak cukup, ada yg tak beli baju raya, ada yg kena tarik kereta, so bunga api mercun ni tak penting sgt org tak beli la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berniaga benda haram tak de faedah apa ko nak harapkn noks? Semoga satu sen pun ko tak dapat dgn berniaga benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 03:54 PM | Show all posts
beli sikit sikit utk anak bagi mereka happy raya ni boleh lah...banyak bayak org cakap bakar duit pula
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 03:56 PM | Show all posts
sudah tiba masanya umat islam jgn beli benda2 tak berfaedah ni...bukan dlm budaya melayu dan bukan sama sekali dlm ajaran islam...bangsa cina pun dah stop lama main mercun dan bunga api...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 04:20 PM | Show all posts
jual mahal sgt utg cuba buat buy one free 1
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakar duit … baik makan!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 5-4-2024 03:56 PM
sudah tiba masanya umat islam jgn beli benda2 tak berfaedah ni...bukan dlm budaya melayu dan bukan s ...

Indeed. Aku paling benci mercun bola tu. Mcm mana boleh dijual lagi. Sakit telinga dengar. Kesian kat parent yg ada anak2 kecik.
Klu nak jual tu, jual bunga api cukup la. Mercun2 ni tak payah jual.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun lepas bakar jugaklah duit. Sebab tahun lepas masih haram kan. Harga competitive lah dari penjual haram. Tahun ni booth makin banyak, siap yakinnya highlight 'mercun/bunga api berlesen'. Harga pun makin mahal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.305170 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list