CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2376|Reply: 17

[Tempatan] Hanya kedengaran lagu raya sahaja, tetapi tiada pengunjung

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Hanya kedengaran lagu raya sahaja, tetapi tiada pengunjung.


Begitu suasana Bazar Raya Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang tidak ubah seperti premis jualan pakaian harian.

Bazar yang cukup dikenali dalam kalangan penduduk tempatan itu dilihat suram apabila kurang pengunjung untuk membeli-belah pakaian raya walaupun Aidilfitri hanya berbaki beberapa hari sahaja.

Peniaga, Marziah Md Hashim, 44, berkata sehingga 20 Ramadan lalu, dia hanya berjaya menjual sebanyak 300 pasang pakaian raya berbanding tahun sebelumnya.

Sepanjang 20 tahun, ia adalah pertama kali kami hadapi situasi 'sendu' ini, malah terpaksa menanggung kerugian.

"Jika dahulu, hari ketiga Ramadan sahaja, kami sudah mampu jual 300 pasang pakaian raya, tetapi kini sehari hendak jual sepasang pun susah.

"Sebagai peniaga, sudah tentu saya berharap ada individu yang akan berbelanja pada saat akhir. Jika tidak kami terpaksa menanggung kerugian teruk kali ini," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Peniaga lain Hamidah Mat, 57, berkata dia menggaji seramai empat pekerja pada awal Ramadan lalu namun terpaksa memberhentikan dua daripada mereka bagi mengurangkan kos, tambahan pula gerainya tidak sibuk.

Katanya, dia juga terpaksa membayar sewa sebanyak RM8,180 bagi tiga lot gerainya kepada penganjur.

"Saya percaya kuasa membeli kurang akibat keadaan ekonomi semasa selain musim perayaan yang dekat dengan sesi pembukaan penggal persekolahan.

"Bukan juga kerana persaingan pembelian dalam talian, tetapi mungkin ramai yang berjimat cermat pada masa ini," katanya.

Katanya, sejak awal Ramadan lalu, dia pernah mencatatkan jualan hanya sepasang sehari walaupun harga sudah dikurangkan, tetapi ia masih tidak terjual.

"Saya mohon budi bicara penganjur bazar bagi melanjutkan waktu perniagaan sekurang-kurangnya beberapa hari selepas Aidilfitri supaya dapat 'balik modal'.

"Biasanya awal Ramadan pun kami sudah tidak menang tangan melayan pelanggan, tetapi kini suasananya amat berbeza, malah terpaksa tanggung kerugian berganda," katanya.

Sementara itu, pengunjung Diana Mohd Nor, 29, berkata dia dan suami sudah membeli pakaian raya secara dalam talian sejak sebulan lalu.

"Cuma baju anak saya sahaja belum dibeli kerana perlu ukuran yang tepat dan didapati harga ditawarkan, di sini, tidak begitu mahal.

"Saya juga tidak menyangka bazar ini kurang dikunjungi mungkin berikutan tempias ekonomi dan secara tidak langsung, sudah hilang suasana persiapan menjelang Aidilfitri," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 10:16 PM | Show all posts
Smoga d murahkan rezeki, Amin2 YRA
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
PH menang raykat senang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:38 AM | Show all posts
tak semua tempat mcm tu kan
kat bangi gateway, bangi central, ioi city mall, aeon nilai, jalan TAR
meriah dengan manusia membeli belah saat2 akhir
hari ni ramai dah mula cuti
sesak jua kedai2 jualan di area klang valley ni

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
lagu jer meriah, pengunjung sepiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang beli online.. malas nak bersesak2.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2024 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekilas pandang baju2 pun  nampak buruk...outdated mmgla tinggal lagu je
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Online lagi murah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 09:08 AM | Show all posts
orang ramai beli online je
tak kuasa bersesak2
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:27 AM | Show all posts
ya betollll.....murah...tak bersesak....menghiburkan.....tapiiiiiiiiiiii risiko tinggi utk tertipu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah le uols
Iols gi Aeon top-up baju.anak iols pung mmg tak ramai yang membeli boring MCM dulu2...
Kalau dulu2...beli berpasang2..skang nampak berjimat MCM 2 pasang sebegitu...
Ye la..Kos nak balik Kampung lagi..kat Kampung nak bg duit Raya pulak lagi...jalan2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 12:37 PM | Show all posts
Pagi tadi kt Sogo beratur orang tunggu pintu mall bukak termasuk lah iolsss..
Kt Muaz pun kemain ramai umat
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang 20 tahun, ia adalah pertama kali kami hadapi situasi 'sendu' ini, malah terpaksa menanggung kerugian.

20 tahun untung. 1 tahun rugi
Nikmat apa yang kamu dustakan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin sbb desakan hidup .mgkin jugak sbb ramai pilih beli scr online
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju2 yg design outdated tu jual la murr murr. Aku tgk kdg2 baju design huduh, kain keras pun letak harga sampai ratus2. Patut fikir psl volume je la instead of nk high margin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:12 PM | Show all posts
jfq replied at 6-4-2024 01:12 PM
Sepanjang 20 tahun, ia adalah pertama kali kami hadapi situasi 'sendu' ini, malah terpaksa menanggun ...

tahun depan ulang skrip sama, 2025 ini jualan sendu..tidak seperti tahun2 lepas..gitulah ulang2 sampai 2050


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli online je senang..murah pun murah..kain jubah anak lelaki iolss elok berkualiti...nanti lps raya nk tambah lg sbb skrg ni naik rege pulak..hehehe..semalam terbeli lg jubah abaya Dubai prelove..kalo sampai btl2 lawa lps ni menyoping kat TT je la...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 03:33 PM | Show all posts
Ada lagi ke yang beli baju kat luar? Dengan anak menciak2 berderet aku bawak, nak try pulak lagi sorg2, dengan puasa pulak, tak kira lagi tantrum diorang. Baik lah aku beli online yang boleh return kalau size x ngam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.631446 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list