CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1296|Reply: 8

[Tempatan] Pengguna lebuh raya disaran bertolak seawal jam 6 pagi

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 5-4-2024 09:28 PM

Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2024 yang bakal tiba tidak lama lagi, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di laman Facebook rasmi miliknya, ada mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) tersebut dikeluarkan bertujuan agar orang ramai dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.


Dari Kuala Lumpur/Selangor (masuk di Plaza Tol Gombak)  6 (Sabtu) & 7 (Ahad) April 2024
Perjalanan ke Pahang disarankan bergerak jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang atau 8.00 malam sehingga 11.00 malam.

Bagi anda yang ingin pulang ke Terengganu, perjalanan disarankan bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari atau 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Perjalanan ke Kelantan pula disarankan pada jam 6.00 pagi sehingga 9.00 pagi atau 5.00 petang sehingga 8.00 malam.

Ke Kuala Lumpur/Selangor ( 13 Sabtu & 14 Ahad)
Perjalanan pulang dari Pahang masuk di semua Plaza Tol adalah disarankan jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi atau 5.00 petang sehingga 7.00 petang.

Perjalanan pulang dari Terengganu melalui Plaza Tol Jabor 11.00 pagi sehingga 1.00 petang atau 7.00 petang sehingga 9.00 malam.

Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur atau Selangor yang masuk di Plaza Tol Bentong disarankan pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang atau 10.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

Waktu perjalanan bebas adalah jam 12.00 tengah malam – 6.00 pagi.

Waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur memasuki Plaza Tol Gombak adalah seperti berikut:
  • 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari
  • 9.30 malam sehingga 12.00 tengah malam

Kenderaan ringan disaran untuk elak memasuki Plaza Tol Gombak di waktu tersebut.

Pastikan anda masuk dan keluar di lorong tol yang sama. Semoga bermanfaat!



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2024 10:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jam 6 pagi? Lebih baik bertolak pada jam 2 pagi. 6 pagi tu pun dah banyak kereta atas highway.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:17 PM | Show all posts
Tol Gombak lepas berbuka tadi dah start meriah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 5-4-2024 11:31 PM

Dah selamat sampai kampung dah petang tadi. Alhamdulillah, clear je jalan.

Nasib baik sebab pukul 3pm tadi dah start sesak Gombak, Genting Sempah, Bukit Tinggi, Lentang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampah dlm kereta sila letak dlm plastik ye tuan² dan puan².
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 12:47 AM | Show all posts
Semoga semua berhati-hati ketika memandu ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sampai!! Yahuuu!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.475617 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list