CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15572|Reply: 1

[Kelantan] Pendapatan pemandu teksi merudum ketika Ramadan

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Pendapatan pemandu teksi merudum ketika Ramadan

OlehASWANY OMAR

05 April 2024 07:50pm








Azmi (kanan) mengiringi Dr Hafidzah menyampaikan sumbangan daripada MyCare dan DUN Kota Lama




KOTA BHARU - Sumbangan MyCare dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dapat meringankan beban seramai 21 pemandu teksi yang beroperasi di Terminal Bas Lembah Sireh di sini.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Terminal Bas Tesco Kelantan, Azmi Mohd Zain mendakwa, pendapatan mereka merudum sejak awal Ramadan lalu berikutan kekurangan penumpang dari terminal bas ekspres itu.



Menurut beliau, ada pemandu teksi yang hidup daif dalam tempoh itu.

"Bagaimanapun, keadaan akan berubah lima hari sebelum hari raya kerana ramai perantau yang pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan bas ekspres," katanya.



Azmi berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Program Sentuhan Kasih Ramadan 2024 DUN Kota Lama di sini pada Jumaat.


Dr Hafidzah (kanan) menyampaikan kurma kepada pemandu teksi di DUN Kota Lama.




Beliau memberitahu, walaupun ketika itu ramai yang memerlukan perkhidmatan teksi tetapi mereka tidak dapat banyak trip kerana kesesakan lalu lintas melampau.

Jelasnya, berdasarkan pengalaman setiap kali menjelang musim perayaan, perjalanan akan menjadi lebih lama untuk ke destinasi pilihan penumpang.




"Sebagai contoh, kami mengambil masa lebih dua jam untuk sampai ke bandar Kubang Kerian yang jaraknya kira-kira 13 kilometer (km) dari terminal bas dan lebih satu jam untuk sampai ke bandar Wakaf Che Yeh yang hanya 5km sahaja," katanya.

Sementara itu, pemandu teksi, Shahimi Che Yan, 33, mengakui ada masanya dia hanya pulang dengan 'tangan kosong' kerana ketiadaan penumpang.

Shahimi memberitahu, sumbangan berkenaan dapat membantu meringankan bebannya yang menanggung empat anak serta isteri.




"Saya juga belum membuat sebarang persiapan hari raya berikutan kekangan kewangan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim memberitahu, pihaknya memahami kesukaran yang dialami pemandu teksi terbabit.

"Sumbangan barangan dapur itu diharap dapat menceriakan mereka sekeluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 12:46 AM | Show all posts
Semoga urusan seharian abang-abang teksi sentiasa dipermudah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 1.544910 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list