CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9500|Reply: 51

[Tempatan] Ramai isteri tak pernah merasa duit raya daripada suami

[Copy link]
Post time 6-4-2024 08:03 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Kurang dari dua minggu, umat Islam seluruh negara bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, dan pastinya aktiviti memberi duit raya menjadi perkara yang ditunggu-tunggu termasuklah para isteri.

Terdapat suami yang menyediakan duit raya untuk isteri tercinta antara RM30 hingga RM1,000, malah masih ramai kaum hawa itu tidak pernah merasainya sepanjang berkahwin.

Tinjauan Kosmo! di platform media sosial hari ini mendapati, antara alasan yang diberikan oleh kaum suami adalah isteri setiap bulan sudah diberi wang belanja dan duit raya hanya untuk anak-anak serta mereka yang masih bersekolah.

Ada juga golongan isteri ini berharap mendapat duit raya daripada suami sebagai kenangan dan kemeriahan menyambut Syawal, namun 30 tahun usia perkahwinan mereka masih belum dapat merasai.

“Alhamdulilah sejak dari tahun pertama kahwin sampai sekarang dah 30 tahun berumah tangga dah bergelar nenek dua orang cucu, belum pernah dapat (duit raya dari suami),” kongsi Mozly Kartini.

“Teringin juga merasa dapat duit raya pada suami, katanya duit raya untk anak-anak dan yang masih sekolah. Tapi saya pun nak juga buat ‘rasa-rasa’, bukan minta banyak, dapat RM10 dalam sampul raya pun dah seronok,” ujar Melinda.

“Duit raya tak pernah dapat, baju raya pun tk tak pernah, semua beli sendiri. Katanya sebab saya kerja,” kata Zura.

Sementara itu, ada juga yang berkongsi tentang suami mereka menggantikan duit raya kepada menyediakan kelengkapan rumah baharu seperti membeli langsir, sofa serta pakaian raya.

“Suami kata bagi duit raya isteri tak pandai urus, dia ganti beli barang rumah baharu setiap tahun. Tahun lepas belanja sofa, tahun ni suami belanja langsir baharu,” kongsi Aziee. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi macam meols, kalau takde peruntukan raya, tak payah buat persiapan raya. Lek lek jer menikmati bulan Ramadan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb itu bini2 berang punyai suami yg duitnya dikongker mak mertua sbb suami mak mertua kedekut atau malas kerja
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Benarlah kater Ritrud- “Spender aku pun kau tak pernah beli”!!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:37 AM | Show all posts
ilacantik replied at 6-4-2024 08:36 AM
Jadi macam meols, kalau takde peruntukan raya, tak payah buat persiapan raya. Lek lek jer menikmati  ...

Kan..

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 10:30 AM | Show all posts
menggelupur sgt......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 6-4-2024 11:19 AM

apa kelas duit raya setahun sekali kalau hari2 pun dah pow duit laki  -sahm-

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 6-4-2024 08:50 AM
Sbb itu bini2 berang punyai suami yg duitnya dikongker mak mertua sbb suami mak mertua kedekut atau  ...

Kang ustaz ustazah kuarkn hadis baru tau senyapppp.....

Nafkah isteri adalah cukup makan minum, tempat tinggal & baju 2helai setahun....
Duit raya tak termaktub okayyy......

Nikmat apa yg kau dustakan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau serba serbi cukup, bulan2 nafkah tak pernah miss dah tua bangka takyah kalut nak duit raya la.
byk hal betul ummah skrg
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aneh² ja isu.
Aku, ank².. Xpernah dpt duit raya dr tok laki sepanjang kawen.
Walau dok latih ank posa pn mmg xgula²kn ngn duit raya.
Weols hidup cukop serba serbi nk apa ckp ja kt tok laki.
Xdpt duit raya is Non issue.
Haih.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kosmo dah tkde isu. Dia saja buat tajuk provoke2 supaya org argue . Lagi byk org argue , free marketing
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 6-4-2024 10:45 AM
kalau serba serbi cukup, bulan2 nafkah tak pernah miss dah tua bangka takyah kalut nak duit raya la. ...

kalau jenis biawak wife yg sara aleh2 nak kasi duit raya? lawak apekahhhhh??????

tapi mmg wujud wifey sebegini.... salah sorang ,adik i,  hb biawak dia nak dpt duit hasil jual tanah pusaka, biawak tu nak bagi separuh adik i punya happy macam apa...  i tak sampai hati nak ckp jahatnya laki kau . hari2 di sara aleh2 nak bagi separuh .. kalau bagi full pun... belum tentu dapat bayar balik "hutang nafkah"

hb dia mmg bagi duit raya tiap2 tahun. Dia citer kat i. tak malu ke nak citer biawak berusaha keras setahun sekali utk bagi duit raya... paling tinggi seratus? gitu la.. malas nak jadi anti-climax ... hb i tak pernah bagi duit raya, tapi hari2 keje keras supaya i boleh pow dia hari2 yg dia bekerja Biasa raya mmg tak boleh nak pow sbb cuti panjang tkde income sepjg tak keje

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala bangang tiap2 hari, tiap bulan belanja pakai duit sape???  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami nak juga duit raya dari Isteri.

Sama2 bagila...isteri bagi RM300, suami bagi RM300. Majlis agama islam boleh keluarkan arahan kadar duit raya tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko buat hapa nak duit raya dari laki? Memang tuntutan agama ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau dah pau laki kau sampai tertonggeng langsir sofa tv kapet cronyek Dan cropat bagai nak meratib duit raya lagi???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 6-4-2024 02:16 PM

Kan ada yg kata den ni terpaling usetajah..tp xpela..sbb den tgk byk sungguh para isteri mutakhir ini komplen itu ini...cewah mcm usetajah pula.. mutakhir ini... kehkehkeh

Islam angkat martabat wanita paling tinggi...bilamana ko taat kpd suami ( xde komplen itu ini..of cosla bila suami pun buat apa yg sepatutnya...dan jgn sesekali membandingkan suami dgn lelaki lain), redha dgn apa yg suami mampu berikan tanpa byk cekadak ( ni ko juga cr laki xberapa hado, pastu nak itu ini..xdpt, masam mencuka mulut terjuih mencebik kalah mulut itik serati..pastu pot pet pot pet kufur nikmat..bknnya ko mati klu xdpt pun...acer suka menceceh mcm org 3suku)...n etc tmsk solat berpuasa...maka ko wanita, blh masuk mana2 pintu syurga yg ko nak...begitu sekali Islam.angkat martabat kaum wanita...tp tahla dik...tepuk dada..tnyla iman senipis kulit bawang ni...kalau nk msk syurga yg dijanjikan...berubah dan berusahalah...sbb kalau nk msk neraka 7 tingkat, mudah bebeno dik.....

Sekian wabilahitawfikwahidayah wassalam...kroihhhhhhhh kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:48 PM | Show all posts
Mcm2 isu pelik2 yg direka utk hiburkan ummah pprt berbincang di socmed lol sebelum2 ni mungkin tak kisah tak dpt pun, lps ada isu ni akan adalah isteri2 pprt yg tertiup semangat mahu menuntut hak dorg lol yg rasa dorg kena dpt duit raya dr tok laki kohkohkohh adoiii  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
x kisah klu x dapat pun, yg penting bulan2 rm 5k masuk dlm acc.. bday sendiri dan ank2 dapat habib atau poh kong.. cuti skolah jln2.. kad kredit satu utk iols belanja.. itu dah cukup sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 6-4-2024 02:51 PM
x kisah klu x dapat pun, yg penting bulan2 rm 5k masuk dlm acc.. bday sendiri dan ank2 dapat habib a ...

Betul la mamat kerala hari tu cakap pompuan melayu mata duitan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.072120 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list