CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5897|Reply: 1

[Dunia] Iran ikrar balas dendam terhadap Israel kerana bunuh komander IRG

[Copy link]
Post time 6-4-2024 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Iran ikrar balas dendam terhadap Israel kerana bunuh komander IRG

https://www.bharian.com.my/dunia ... -bunuh-komander-irg

April 6, 2024 @ 10:49am


Orang ramai menghadiri perarakan pengebumian tujuh anggota Pengawal Revolusi Iran (IRG) yang terbunuh dalam serangan Israel di Syria. - Foto AFP

TEHRAN: Beribu-ribu orang berikrar menyerang Israel dan Amerika Syarikat (AS) pada hari pengebumian tujuh Pengawal Revolusi Iran (IRG) termasuk jeneral yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Syria.

Ketua IRG, Jeneral Hossein Salami, memberi amaran bahawa Israel tidak boleh lari daripada akibat serangan Isnin lalu yang memusnahkan bangunan lima tingkat kedutaan Iran di Damsyik.

Israel setakat ini tidak mengulas mengenai serangan itu, tetapi penganalisis melihatnya sebagai peningkatan kempennya terhadap Iran dan proksi serantaunya yang berisiko mencetuskan perang yang lebih luas di luar konflik Israel-Hamas di Semenanjung Gaza.

Semalam, bertepatan dengan peringatan tahunan Hari Al-Quds (Baitulmaqdis), di mana Iran dan sekutunya menganjurkan perarakan sebagai tanda menyokong rakyat Palestin.

Perhimpunan Hari Al-Quds turut diraikan di Syria, Iraq, Yaman dan Bahrain manakala di Lubnan ketua pergerakan Hizbullah yang disokong Iran menyampaikan ucapan.

Iran berkata, antara yang maut ialah dua brigedier jeneral dari cabang operasi asing Pasukan Al-Quds, Mohammad Hadi Haji Rahimi dan Mohammad Reza Zahedi.


Orang ramai menghadiri perarakan pengebumian tujuh anggota Pengawal Revolusi Iran (IRG) yang terbunuh dalam serangan Israel di Syria. - Foto AFP

Seorang pemantau perang yang berpangkalan di Britain, Syrian Observatory for Human Rights, berkata, Zahedi, 63, adalah komander Pasukan Al-Quds untuk Wilayah Palestin, Syria dan Lubnan.

Beliau memegang beberapa jawatan sepanjang kerjayanya menjangkau lebih 40 tahun, dan askar Iran tertinggi yang terbunuh sejak serangan peluru berpandu AS di lapangan terbang Baghdad pada 2020 membunuh Ketua Pasukan Al-Quds, Jeneral Qassem Soleimani.

Keranda menempatkan jenazah tujuh mangsa itu diletakkan di atas treler dua trak di salah satu dataran terbesar di Tehran.

Sementara itu, Salami berkata Tehran bertekad untuk memastikan Israel mendapat pembalasan yang lebih dahsyat.

"Rejim Zionis tidak dapat lari daripada akibat kemudaratan yang dilakukannya, mereka masih hidup dan sihat hari ini kerana sokongan AS, apabila ini ditarik balik, maka ia akan runtuh dan hari itu sudah semakin dekat," katanya.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, berkata Israel akan dihukum atas pembunuhan itu, sama seperti pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah, yang berkata Iran pasti akan bertindak balas.


Penunjuk perasaan membakar bendera Amerika Syarikat (AS) dan Israel semasa pengebumian tujuh anggota Pengawal Revolusi Iran (IRG) yang terbunuh dalam serangan Israel di Syria. - Foto AFP

"Pastikan bahawa tindak balas Iran terhadap serangan konsulatnya di Damsyik diteruskan.

Hizbullah belum menggunakan senjata utama kami lagi mahupun pasukan utama kami," katanya dalam ucapan Hari Al-Quds yang disiarkan di televisyen.

Israel berkata, pihaknya terpaksa mengukuhkan pertahanannya dan menghentikan cuti untuk unit tempur berikutan ancaman Iran untuk membalas dendam.

Pada masa sama, AS juga berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk kemungkinan serangan oleh Iran yang menyasarkan aset Israel atau AS di rantau itu.

Seorang pegawai AS turut mengesahkan laporan CNN yang mengatakan serangan boleh berlaku pada minggu depan.

Pesawat pejuang Israel yang disyaki mengebom kedutaan Iran di Damsyik pada hari Isnin dalam serangan yang membunuh seorang komander tentera Iran dan menandakan peningkatan besar dalam perang Israel dengan musuh serantaunya.

Presiden AS, Joe Biden, membincangkan ancaman dari Iran dalam panggilan telefon pada hari Khamis dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

"Pasukan kami sentiasa berhubung dan berterusan sejak itu. Amerika Syarikat menyokong penuh pertahanan Israel daripada ancaman Iran," kata seorang pegawai kanan pentadbiran Biden. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Duluuuu

Lamaaaaa duluuuuuuuu

Uols antara leader, dominant nation di muka bumi ini.

Sekarang level sampah sarap je la. Penangan agama dan perang tak habis2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058096 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list