CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9246|Reply: 0

[Terengganu] 70,000 kenderaan masuk Terengganu

[Copy link]
Post time 6-4-2024 05:09 PM | Show all posts |Read mode

TRAFIK bergerak perlahan di Plaza Tol Kuala Terengganu hari ini berikutan pertambahan kenderaan perantau yang pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri. FOTO Ghazali Kori.

Kuala Terengganu: Jumlah kenderaan yang memasuki Terengganu dijangka meningkat antara 50,000 hingga 70,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua kenderaan itu akan memasuki negeri menerusi jalan masuk utama dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Beliau berkata, jumlah itu meningkat ketara berbanding hanya antara 16,000 hingga 20,000 kenderaan pada hari biasa, membabitkan perantau yang pulang ke Terengganu dan Kelantan.

"Bagi memastikan pengguna tidak terperangkap dalam kesesakan, kita akan menggerakkan elemen-elemen trafik untuk melancarkan semua laluan di Terengganu.


"Antara langkah yang akan diambil adalah membuat lencongan jalan atau meletakkan anggota trafik di kawasan lampu isyarat atau kawasan yang mempunyai banyak simpang bagi melancarkan laluan.

"Biasanya daerah Setiu dan Besut akan mengalami kesesakan yang teruk kerana ia turut menjadi laluan perantau yang mahu pulang ke Kelantan," katanya.

Mazli berkata, seramai 210 pegawai dan anggota trafik ditugaskan dengan dibantu balai-balai berhampiran bagi memastikan kelancaran trafik serta memantau jalan yang sesak seterusnya mengambil tindakan perlu.

Katanya, pengguna jalan raya juga diingatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi arahan pihak berkuasa selain mengikuti perkembangan semasa aliran lalu lintas di Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-masuk-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.148781 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list