CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11805|Reply: 1

[Tempatan] Struktur pentas dilarang dibina di padang SNBJ sehingga rumput pulih

[Copy link]
Post time 6-4-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Struktur pentas dilarang dibina di padang SNBJ sehingga rumput pulih

https://www.freemalaysiatoday.co ... ingga-rumput-pulih/

Bernama
06 Apr 2024, 04:48 PM


Penganjur acara masih boleh membuat tempahan untuk menggunakan SNBJ, namun sebarang struktur pentas dan menara bunyi dilarang di atas padang, menurut PSM. (Gambar X)

Moratorium jangka pendek itu dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh susulan mesyuarat 1 April lepas, menurut PSM.

KUALA LUMPUR: Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang struktur pentas berkait persediaan konsert dipasang di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sehingga keadaan rumput mencapai tahap yang baik.

Menurut Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), moratorium itu dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh susulan mesyuarat pascanilai pada 1 April lepas.

Mesyuarat yang dipengerusikan Ahli Lembaga Pengarah PSM Windsor John itu membincangkan keadaan padang Stadium Nasional ketika perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman bulan lepas.

“Susulan hasil pascanilai itu, Yeoh mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di atas rumput sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada penganjur konsert pada sesi dialog antara menteri dan para penganjur konsert semalam,” kata PSM dalam kenyataan.

Sesi dialog itu juga turut membincangkan langkah yang boleh diambil perbadanan itu untuk menyediakan fasiliti yang lebih sempurna, katanya.

Dalam pada itu, PSM memaklumkan penganjur masih boleh membuat tempahan, namun sebarang struktur pentas dan menara bunyi dilarang di atas padang.

“Ini merupakan langkah untuk tidak menjejaskan rumput di SNBJ dan memastikan rumput berada dalam keadaan optimum untuk perlawanan bola sepak akan datang,” menurut kenyataan itu.

Keadaan padang SNBJ mencetuskan perdebatan hangat sebelum ini susulan tular sebuah video dan gambar permukaan padang yang rosak selepas penganjuran konsert penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran pada 24 Feb lepas.

Isu sama turut berlaku pada November tahun lepas susulan penganjuran konsert Coldplay, yang mengakibatkan permukaan padang rosak meskipun rumput jenis Zeon Zoysia itu baru ditukar.

Selain itu, pasukan Malaysia dan Oman turut tidak dibenarkan berlatih sehari sebelum pertembungan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bina stadium lain khusus utk konsert sahaja. Kenapa nak menumpang stadium bola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.461414 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list