CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6397|Reply: 0

[Selangor] Wanita asnaf berkali-kali minta maaf tak dapat langsaikan hutang RM80

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:56 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita asnaf yang juga ibu tunggal berkali-kali memohon maaf kepada pempengaruh, Mohd. Fadli Salleh kerana belum mampu melangsaikan baki hutang yang dipinjam daripada guru itu.

Mohd. Fadli atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fadli berkata, wanita tersebut yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) kini sedang menyara dua orang anaknya.

Disebabkan kesusuhan hidup, wanita itu pernah meminjam duit daripadanya dan sehingga kini ibu tunggal terbabit tidak pernah lupa pada hutangnya.

Menurut Cikgu Fadli, wanita itu membuat bayaran secara ansuran selepas menerima bantuan zakat.

“Dia ada berhutang dengan aku. Bila duit zakat masuk, dia bayar kadang RM10, kadang RM20, kadang tak mampu nak bayar lagi. Namun dia sentiasa ingat.

“Paling penting, dia catat hutang dia. Dia sentiasa ingat, cuma ada bulan dia perlu guna untuk keperluan lebih penting, jadi tak mampu nak bayar bulan itu. Tapi dia sentiasa teringat ada hutang, sentiasa sebut, sedangkan dia asnaf.

“Ada orang, bukan asnaf pun tetapi hutang buat-buat tak ingat, mungkin dia harap orang lupa dengan sendirinya,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.



Dalam pada itu, Cikgu Fadli memberitahu apabila bercerita soal hutang, kebanyakan pemberi hutang yang lebih terseksa berbanding peminjam.

“Yang beri hutang kerja sampai pukul 3 pagi hingga 4 pagi cari rezeki, yang berhutang senang lenang layan Facebook.

“Yang beri hutang hidup ‘struggle’ (bekerja keras), yang berhutang lepak kedai mamak saban malam. Yang beri hutang membanting tulang, yang berhutang melepak bergelak ketawa macam jutawan.

“Bila tanya pasal hutang, alasan tak ada duit lagi. Masa ada duit, bermewah, ada masa lapang, duduk saja bukan usaha,” luahnya.

Beliau turut mengingatkan kepada golongan peminjam agar catat segala hutang yang dibuat selain mencari kerja tambahan untuk menampung pendapatan bulanan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... saikan-hutang-rm80/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.042501 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list