CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10868|Reply: 0

[Selangor] Smart Lane diaktifkan untuk kelancaran trafik – Alexander

[Copy link]
Post time 7-4-2024 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Salah satu laluan yang telah diaktifkan Smart Lane. Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan lorong Smart Lane telah diaktifkan pada musim perayaan ini sebagai persediaan menghadapi kenaikan jumlah kenderaan di lebuh raya.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu dilaksanakan bersama-sama syarikat konsesi PLUS (Plus Malaysia Berhad) sebagai usaha melancarkan aliran trafik di laluan Smart Lane.

Malah kata beliau, pihaknya juga telah menambah baik laluan Smart Lane di Lebuh Raya Utara-Selatan di 18 lokasi strategik.

“Selain itu, pihak KKR juta telah menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan dari segi reka bentuk dan kuantiti

“Papan tanda elektronik (VMS) pemberitahuan pengaktifan Smart Lane juga turut dipasang,”katanya di laman Facebook.

Alexander berkata, KKR juga telah memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda sebagai indikasi laluan Smart Lane sedang diaktifkan.

Pada masa sama katanya, selain pengaktifan laluan Smart Lane di lebuh raya, pelbagai usaha lain dilaksanakan oleh KKR bersama-sama syarikat konsesi lebuh raya bagi memberi keselesaan dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

“Apa yang paling utama, pengguna lebuh raya harus sama-sama mengambil tanggung jawab untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga.

“Janganlah buang sampah merata-rata. Selain mencemarkan alam sekitar dan merosakkan infra jalan raya, perbuatan itu juga boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,”nasihatnya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... n-trafik-alexander/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.061003 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list