CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7759|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Semuanya selepas Hamzah 'ghaib'

[Copy link]
Post time 8-4-2024 09:42 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Faiz tidak menyangka kisahnya tular selepas seorang daripada pelanggan memuat naik videonya di TikTok. FOTO Ihsan Muhamad Faiz Shaharuddin

Kuala Lumpur: 'Terima kasih' Hamzah kerana perdayakan saya'.

Bermula kisah diperdaya Hamzah yang 'ghaib' selepas memesan 20 burger, kini, pengusaha gerai burger, Muhamad Faiz Shaharuddin bersyukur kerana perniagaannya bertambah 'kencang' selepas kaedahnya menjual burger secara jualan langsung berjaya menambah pelanggan.

Meskipun sudah bergelar 'tauke', Muhamad Faiz, 34, enggan terlalu selesa dengan menanti kehadiran pelanggan sebaliknya dia sanggup menebalkan muka mencari pelanggan dan membuat jualan langsung burger di sekitar ibu kota.

Kata Muhamad Faiz yang mesra disapa Aisy, dia tidak mahu sekadar menanti pelanggan ke gerainya sebaliknya sanggup mengambil langkah sedemikian bagi menambah pelanggan.


Di sebalik kisah itu, pemegang Diploma Teknologi Komputer itu berkata, idea menjual secara langsung itu tercetus selepas dia menerima tempahan 20 burger daripada individu dikenali sebagai Hamzah yang kemudiannya menghilangkan diri.

"Waktu itu, saya terima pesanan 20 burger daripada lelaki bernama Hamzah, saya masih ingat namanya sampai sekarang.

"Apabila burger itu sudah siap, Hamzah terus senyap dan saya percaya yang saya diperdayanya. Saya kemudian masukkan semua burger dalam beg penghantaran makanan dan bawa ke sekitar Dataran Merdeka serta pusat beli-belah Suria KLCC walaupun jam menunjukkan sudah 3.30 pagi.

"Alhamdulillah, burger habis terjual dan keesokan harinya, saya terus gunakan kaedah jualan sama.

"Bertitik tolak daripada situ, saya teruskannya dan kini, saya boleh jual 80 burger menggunakan kaedah ini," katanya.



MUHAMAD Faiz sanggup menebalkan muka mencari pelanggan dan membuat jualan langsung burger di sekitar ibu kota. FOTO Ihsan Muhamad Faiz Shaharuddin

Menurut Muhamad Faiz, bukan mudah untuk menjual burger secara langsung kerana tidak semua individu gemar dengan pendekatannya.

"Pernah satu hari, saya cuba jual di kawasan hospital namun ditengking seorang lelaki yang tidak senang dengan kehadiran saya.

"Saya juga ada bertemu individu yang meminta saya cari pekerjaan lebih baik selain terdengar seorang bapa meminta anaknya belajar bersungguh-sungguh supaya tidak jadi seperti saya.

"Kalau diikutkan, memang sedih namun pengalaman itu menguatkan lagi semangat saya untuk mencari rezeki buat anak dan isteri," katanya yang turut berkongsi rezeki dengan melakukan infaq di Masjid Jamek, di sini.

Muhamad Faiz tidak menyangka kisahnya tular selepas seorang daripada pelanggan memuat naik videonya di TikTok.

Bagaimanapun, Muhamad Faiz menganggap ia sebagai pembuka jalan untuknya terus mencari rezeki dengan mempromosikan lagi perniagaan di TikTok malah berimpian untuk mengukuhkan lagi perniagaan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elepas-hamzah-ghaib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.046747 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list