CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5981|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pasangan suami isteri bekal senjata lelaki Israel dituduh hari ini

[Copy link]
Post time 8-4-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode

Pistol dan peluru yang dirampas polis di hotel Jalan Ampang pada Rabu lalu. FOTO ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang disyaki membekalkan enam pucuk pistol kepada lelaki warga Israel akan dituduh di Mahkamah Klang, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua individu berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan atas kesalahan memiliki senjata api di bazar Ramadan di Kuala Selangor, 29 Mac lalu.

Bagaimanapun, pihaknya masih meneruskan siasatan dan mengumpul maklumat berkaitan motif sebenar suspek warga Israel terbabit.

“Senjata api itu seperti diketahui diseludup dari negara jiran. Lelaki warga Israel, 38, itu pula akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat, mungkin selepas raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada 27 Mac lalu, Lelaki Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, di sini, selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol.

Senjata yang dimilikinya adalah Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... l-dituduh-hari-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.401239 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list