CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18277|Reply: 2

[Tempatan] Logo:Nilaikan dari apa yang terzahir, bukan di fikiran - Mufti Perlis

[Copy link]
Post time 9-4-2024 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin meminta umat Islam supaya menilai sesuatu logo produk atau perkhidmatan berdasarkan apa yang terzahir, bukan apa yang bermain di fikiran.



Menurut Mohd Asri, dia pernah menerima aduan yang mendakwa logo sebuah hotel yang diberi nama All in di Perlis, menyerupai kalimah Allah.

"Di Perlis ada hotel diberi nama ‘All in’. Maka, ada yang tidak berpuas hati kerana kononnya mereka nampak macam tulisan Allah. Apatah Lagi pemiliknya pula bukan-Muslim.

"Saya bertanya kepada yang membantah ‘dia tulis apa?, Jawab mereka: ‘All in’. Tanya saya: ‘Jadi, apa masalahnya?’. Jawab mereka: ‘Nampak macam tulisan Allah’.

"Saya kata: ‘Dia tak tulis Allah, hampa yang nampak macam Allah. Huruf pun jelas All in, bukan Allah," katanya dalam tulisan di Facebook, hari ini.

Tambahnya, pemilik hotel itu juga bimbang mengenai salah faham terhadap logo berkenaan kerana banyak barangan telah dicetak menggunakan logo tersebut.

"Kita nilai apa yang terzahir pada tulisan tu bukan apa yang bermain dalam fikiran.

"Namun, jika kita dapati ada rencana untuk mempersendakan Umat Islam, barulah kita ambil tindakan yang sewajarnya. Jika tiada, jangan timbulkan masalah," katanya

Bagaimanapun Mohd Asri tidak mendedahkan bilakah tarikh dia menerima aduan mengenai logo hotel tersebut.

Kenyataan Mohd Asri itu muncul di tengah-tengah kontroversi selepas tular video seorang lelaki yang mendakwa kasut Vern’s dibeli untuk isterinya memaparkan logo seakan-akan kalimah Allah.

m.malaysiakini.com/news

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2024 10:02 PM | Show all posts
Allah ada 3 huruf I ke? Theyols ni for the sake of viral je..suker naw tengok org2 berbalah. Ni lah Msians mentality sekarang ...batu api! Next?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 05:58 PM | Show all posts
Haramkan representasi Allah dalam bentuk penulisan sebagaimana diharamkan dalam sebarang bentuk imej atau figura boleh?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.431932 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list