CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6340|Reply: 0

[Tempatan] Kes cedera main mercun, bunga api meningkat

[Copy link]
Post time 10-4-2024 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 10-4-2024 09:48 PM

KOTA BHARU: Sebanyak 17 kes kecederaan akibat bermain mercun dan bunga api dicatatkan di Kelantan sejak 19 Mac sehingga semalam.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata dua daripada mangsa yang cedera itu ialah perempuan.


Beliau berkata sebanyak 12 kes dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, tiga kes lagi menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai manakala dua kes dirawat di Hospital Pasir Mas.


"Kesemua mangsa berusia antara empat hingga 40 tahun namun kebanyakan mangsa berusia tujuh hingga 16 tahun dan paling ramai berusia antara sembilan hingga 12 tahun.


"Empat daripada mangsa yang cedera dimasukkan ke wad manakala selebihnya mendapat rawatan sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata antara kecederaan yang dialami mangsa di bahagian tangan, muka dan mata.
-- BERNAMA





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.048832 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list