CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26947|Reply: 0

[Terengganu] Cubaan nelayan Vietnam ceroboh perairan negara di Aidilfitri gagal

[Copy link]
Post time 10-4-2024 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan nelayan Vietnam ceroboh perairan negara di Aidilfitri gagal


Oleh Zaid Salim - April 10, 2024 @ 10:02pm bhnews@bharian.com.my




Bot nelayan asing Vietnam yang ditahan APMM kerana menceroboh perairan negara. Ihsan Maritim Malaysia




KUALA TERENGGANU: Cubaan sekumpulan nelayan asing Vietnam menceroboh perairan negara ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri gagal apabila dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd Majid, berkata bot nelayan asing terbabit ditahan kapal peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Ops Naga Barat di kedudukan 106 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

Katanya, hasil pemeriksaan pada bot terbabit mendapati terdapat enam nelayan asing termasuk tekong berusia antara 20 hingga 50 tahun.

"Semua nelayan terbabit ditahan selepas mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

"Mereka juga tidak mempunyai kebenaran untuk menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Khairulanuar berkata, susulan penahanan itu, pihaknya bertindak menyita bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan bekalan minyak diesel berkenaan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak lebih RM 1 juta.

Menurutnya, tangkapan terbabit merupakan tangkapan kali ke enam membabitkan bot nelayan Vietnam menceroboh perairan negara tahun ini.

"Tangkapan terakhir dilakukan pada awal bulan ini membabitkan membabitkan tiga bot nelayan Vietnam bersama 18 kru," katanya.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan rondaan di musim perayaan dan memburu bot nelayan asing yang cuba mengaut keuntungan daripada hasil laut perairan Malaysia.

"Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044684 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list