CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16922|Reply: 7

[Tempatan] 4 warga Pakistan belasah Mat Lalok selepas rempuhan ditahan

[Copy link]
Post time 12-4-2024 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-4-2024 11:22 AM

IPOH: Polis menahan empat lelaki warga Pakistan kerana memukul pemandu kereta susulan kemalangan jalan raya yang menyebabkan tiga rakan senegara mereka maut di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata mereka ditahan pada jam 4.20 petang tadi selepas polis mengenal pasti suspek menerusi video tular di laman sosial melibatkan pemandu kereta dan empat lelaki tersebut.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian memukul pemandu itu berlaku sebaik sahaja selepas nahas jam 8.10 pagi itu.

Pemandu berusia 36 tahun didapati positif ganja membuat laporan polis berkenaan insiden dia dipukul pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Ahmad Adnan berkata tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.

"Kes memukul ini telah dibuka siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, tiga lelaki warga Pakistan maut manakala tiga lagi parah selepas dirempuh kereta dipandu suspek ketika berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Dalam kejadian tersebut, kereta Proton Saga dipandu suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan terbabas dan melanggar enam warga Pakistan yang sedang berjalan kaki di bahu jalan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zahir Nur Muhammad, 31; Shayan Mumtazali, 22 dan Adil Noorullah, 33, manakala tiga yang cedera Kamran Muhammad Wali, 26; Yasen Afzalsha, 19 dan Salem Said Rasol, 23, dirawat di Hospital Teluk Intan.

Ahmad Adnan berkata pemandu kereta terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Teluk Intan, esok.

Pada masa sama, katanya pemandu berkenaan direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian.

- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2024 06:16 PM | Show all posts
"Ahmad Adnan berkata tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala."

Kecewa but at the same time sedikit lega. Harap yang memukul itu dijatuhkan hukuman minima kalau pun tak dilepaskan terus.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 01:36 AM | Show all posts
Siapa tak marah...tp boleh dipuji sbb masih in control, pukul sikit je atas nama kawan2 yg dah arwah tu...bukan pukul sampai mati


Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la positif ganja..langgar org plak sampai mati..pastu p report polis plak org pukul dia..ptt nya ko tu yg kne tahan polis..biar mereput dlm jail tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mat ganja tu mati jatuh gaung mayat tak jumpa.... satu sen tak guna hidup
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 09:49 AM | Show all posts
3 kawan maut depan mata secara tragik oleh sampah masyarakat....what do you expect?...
Kalau kat negara dia mamat laloq ni silap2 kena bakar on site gamaknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka kena pukul
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian...dtg jauh2 cari rezeki
Mati disebabkan pemandu lalok
Alfatihah kepada semua mangsa
Hempuk je kasi lembik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.059634 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list