CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36034|Reply: 201

[Tempatan] Update :Suami tembak isteri di KLIA :Polis Syak Hafizul Harawi Mahu Lari Ke Mekah,turut membawa mercun bola, enam telefon bimbit, pasport dan empat kad pengenalan milik orang lain.

  [Copy link]
Post time 14-4-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 16-4-2024 02:54 PM

Terbaru, pihak polis mengesyaki suspek mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand selepas menemui sejumlah wang tunai dalam mata wang Riyal dan Baht ketika suspek ditangkap semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek tiba di Kelantan pada petang semalam selepas Zuhur.

Suspek ‘check in’ sebuah hotel menggunakan nama orang lain menyebabkan dirinya sukar dikesan.

Kita percaya suspek memang mahu melarikan diri ke luar negara. Bagaimana kaedah suspek mahu melarikan diri, itu masih dalam siasatan.

Selain mata wang asing, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria bersama 33 butir peluru hidup. Suspek turut membawa mercun bola, enam telefon bimbit, pasport dan empat kad pengenalan milik orang lain.

Kredit: Berita Harian | Harian Metro

KUALA LUMPUR – Selepas melarikan diri lebih daripada 24 jam, akhirnya suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang berjaya diberkas polis, pada Isnin.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

“Suspek baru ditangkap di Kota Bharu, Kelantan pada jam 3 petang tadi,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada Ahad, suspek Hafizul Harawi, 38, telah melepaskan dua das tembakan dengan menyasarkan isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Bagaimanapun, satu tembakan jarak dekat itu telah tersasar, manakala satu lagi das mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan dilaporkan parah.

Susulan itu, suspek terus melarikan diri menaiki kereta jenis Honda City.

Siasatan polis mendapati kejadian bermotifkan perihal peribadi membabitkan suspek dan isterinya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2024...hooting-suspect

SEPANG: The public has been warned not to approach the suspect in the shooting of a bodyguard at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1, or to take the law into their own hands.

Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director Comm Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain told a press conference at KLIA on Sunday (April 14) that police were seeking one Hafizul Harawi, 38.

Hafizul has also been identified as the husband and business partner of the intended victim.

“The police have classified the suspect as armed and dangerous. Anyone who spots him is urged to share the information with the police but not to act alone,” he said.

Comm Mohd Shuhaily advised the public to keep their distance and call the police immediately.

“I strongly urge the suspect to surrender peacefully to any police station. What happened has happened, and whatever happens next will not correct the (situation),” he said.

It was reported earlier that a bodyguard was shot at about 1.30am in KLIA.

It was believed that the target was a woman who was awaiting the arrival of an umrah group.

Tular mengenai kejadian tembakan di KLIA.
Kuala Lumpur: Bunyi tembakan menggemparkan pengembara dan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, awal pagi tadi dipercayai cubaan bunuh ke atas seorang wanita tempatan.




Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 pada 1.15 pagi.


"Seorang lelaki tempatan dipercayai melepaskan tembakan ke arah wanita yang juga isterinya.


Ketika kejadian, isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

"Tembakan itu bagaimanapun mengenai seorang orang awam lain dan suspek kemudiannya melarikan diri," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi hari ini.


Hussein berkata, kes terbabit bermotifkan perselisihan antara suami isteri dan tiada kaitan dengan isu pengganas, ekstremis mahupun gangguan awam lain.

"Dalam kejadian ini seorang mangsa yang terkena tembakan mengalami kecederaan di bahagian perut, tiada kecederaan lain," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan suasana cemas dipercayai berhubung kes itu yang meminta orang ramai yang berada di KLIA1 supaya berhati-hati.

Seorang wanita dipercayai berada di lokasi ketika kejadian memuat naik hantaran di Facebook, mendakwa mangsa yang terkena tembakan adalah pengawal peribadinya.

Dalam hantaran sama, individu itu memaklumkan sudah membuat laporan polis dan satu kenyataan rasmi akan dibuat berhubung perkara itu dalam masa terdekat

www.hmetro.com.my/utama/2024/04/1079776/polis-sahkan-kejadian-tembak-di-klia-seorang


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tembak salah org lari pulak kau..berani mati kau nak tembak bini mcm ni
yg kena tembak tu pengawal peribadi siapa eh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh, dah macam2...bangsa apa ni nk tembak bini? Gaduh je main tembak ye...suspect dtg dgn pistol sbb nk sambut bini baru pulang dr oversea ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Farah Cie.. tgk jat fb dia.. masalahnya sepa Farsh ni? Yg ada dlm fb, dia ni kira mutawwif bebas..tp acc dia pernah kena hack, old phone no pun digunakan utk scam org gi umrah.. tgk gambo raya dia n anak2 je.. so dah cerai lah kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan gila… semoga mati eksiden jelah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg skrg org awam kat Malaysia dah ramai memiliki senjata api ke? main tembak2 je, dia KLIA pulak tu, pintu masuk negara.. apa la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bergaduh laki bini blh main tembak jer.....
Tak pepasal kena org lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
nurkasih74 replied at 14-4-2024 08:20 AM
Farah Cie.. tgk jat fb dia.. masalahnya sepa Farsh ni? Yg ada dlm fb, dia ni kira mutawwif bebas..tp ...

Senang betul sekarang ni org dapat title setat setajah ye

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak motip mcm ex laki bitter lepas bercerai. Semoga masuk ke dlm aja org2 gini. Macamana ntah dia dpt pistol? Satu hal dia nk menjawab nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Farah Cie ni sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape pulak ustazah farah cie ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
beria betul jantan ni, lempang dia sikit, bnyk pun takpe. gaduh laki bini smpi ke tempat awam,ade tembak2 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Cer ksk tepek muka jantan hanat tuuu kt sini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Who r yous farah cie? Mutawif pun boleh kaya raya ye..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Flight meols akan touch down KLIA tengahari nie, hopefully nak kuar dari airport nanti smooth mcm biasa.

Giler lah gaduh laki bini smp guna senjata api.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
perggh dah mcm amerika dah..kenapa mentally unstable boleh ada pistol?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Apahal main tembak2 ni. Giler ke. Nk gaduh pun pegi la tmpt lain
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sheolls siap ada bodyguard ye. Semalam baru baca kes tikam2 kat aussie..ni tembak2 kat klia pula. Huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang betholll kau dapat pistol.. main tembak tembak kat KLIA pulak .. hawauuu bethol lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
ada yg komen kata suami dia masih kat saudi… sampai agai bodyguard lagi farah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.100889 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list