CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8671|Reply: 0

Nadal gembira dapat kembali ke gelanggang

[Copy link]
Post time 14-4-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode

NADAL sah beraksi di Terbuka Barcelona minggu depan. -FOTO AFP

Barcelona: Rafael Nadal berkata dia 'gembira' dapat kembali beraksi buat kali pertama sejak Januari apabila akan menyertai Terbuka Barcelona minggu depan di mana dia adalah juara 12 kali.

Pemenang Grand Slam 22 kali itu hanya bermain sekali sahaja, dalam perlawanan pertunjukan sejak dia merasakan kecederaan pinggul semakin parah selepas tewas di suku akhir kepada Jordan Thompson di Brisbane menjelang Terbuka Australian.

"Saya gembira berada di sini, sudah tentu, Barcelona adalah tempat yang memberikan banyak kegembiraan kepada saya dan tempat saya menghabiskan tempoh hidup saya," kata Nadal.

Nadal akan menentang pemain ranking ke-63 dari Itali, Flavio Cobolli dalam perlawanan pembukaannya.


Nadal yang akan berusia 38 tahun Jun ini, berharap akan kembali cergas sepenuhnya ketika dia mempersiapkan diri untuk mempertahankan rekod kejuaraan Terbuka Perancis buat kali ke-15.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menyaksikan rankingnya merosot ke kedudukan 646 apabila terlepas semua aksi musim 2023 selepas Terbuka Australia.

"Sejak dua tahun lalu saya beraksi beberapa hari dalam jelajah, jadi menghabiskan masa hari di sini, melihat orang ramai, dapat berlatih dengan pemain adalah satu kegembiraan," tambah Nadal.

"Saya mahu meneruskan. Kejohanan ini mempunyai beberapa pemain yang luar biasa."

Juara Barcelona 2022 dan 2023 Carlos Alcaraz akan kembali memulakan kempen gelanggang tanah liatnya selepas terlepas Monte Carlo Masters kerana kecederaan lengan kanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mbali-ke-gelanggang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.234737 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list