CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10596|Reply: 34

[Tempatan] Kelantan akui tidak mampu urus bekalan air sepanjang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 14-4-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-4-2024 10:39 AM

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengakui tidak mampu memenuhi semua keperluan bekalan air bersih di negeri berikutan peningkatan penggunaan mendadak susulan perantau mula balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr. Izani Husin bagaimanapun berkata, pihaknya menerusi Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) sudah menghantar lori-lori tangki ke tempat-tempat yang mengalami gangguan bekalan air dengan harapan dapat meredakan situasi.

Menurutnya, lebih kurang 39 lori tangki digerakkan di samping 396 unit tangki statik disediakan pada peringkat permulaan langkah berkenaan diambil, iaitu sejak seminggu sebelum tibanya hari lebaran.

“Semalam pun kita masih menggerakkan lori-lori tangki tanpa mengira masa, sehingga tidak terkira berapa kali penghantaran dan sebanyak mana kuantiti air bersih sudah diagihkan. Ada sahaja aduan kita hantar.

“Diharap walaupun langkah ini mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah secara menyeluruh tetapi sekurang-kurangnya dapat melegakan rakyat terlibat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pas Kawasan Pengkalan Chepa di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Dr. Izani.memberitahu, paras air sungai di kawasan Loji Rawatan Air (LRA) terlalu rendah turut mempengaruhi bekalan ketika ini.

“Tiada apa-apa yang dapat kita lakukan dalam situasi disebabkan musim kemarau ini. Bagaimanapun kita telah buat pelbagai penambahbaikan termasuk melancarkan pembinaan LRA baharu di Gua Musang tetapi pastinya akan memakan masa untuk disiapkan.

“Sehingga kini kita ada 42 LRA di seluruh Kelantan. Banyak yang belum siap dan dalam pembinaan dengan jangkaan siap sepenuhnya pada tahun 2028.

Terdapat tiga pihak terlibat dalam pembinaan LRA iaitu AKSB, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB),” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu berkata, selain air rakyat negeri ini turut berdepan dengan masalah gangguan belakan elektrik.

“Bekalan air dan elektrik menghadapi gangguan kerana penggunaan kedua-dua keperluan itu mencecah tahap maksimum sejak perantau mula balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga masing-masing.

“Situasi itu menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa panggil petugas luar untuk membantu. Begitu juga AKSB yang mana jika kita tidak hantar lori-lori tangki situasi akan lebih teruk. Namun saya akui kita tidak mampu penuhi semua keperluan dan saya mohon maaf bagi pihak AKSB dan kerajaan negeri,” katanya.- UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka ummah sskjp....lenkali undi la lagi paspispus
Mesti semua busuk je kan..x mandi ms raya ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Demo nok air ko nok isle?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa oku lembam buat keje lagi bagus drpd set2 kerajaan white circle ni. Thinking skills depa lower than retards tp still gigih nk pegang jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
So bg je la parti lain memerintah kelate tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp sana tanak wat highway ehhh
Iols dh mula nk membaran bila tau kat sana nak lepas ke gua musang pun sampai 10 jam
Ehh cemana korang ummah kelate boleh bertahan hidup gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2024 07:46 AM | Show all posts
klu rasa tak jalankan tangungjwb dgn berkesan gaji dan elaun jgn amik lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa zaman najib kan dh diberi bantuan utk naik taraf sistem bekalan air kelantan. Apa korang wat ngan duit tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dh 50 50 nk kahwin ngan kelantan ni. Tp dia kaya. Cemana ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau undi dap next election boleh selesai masalah air ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 10:29 AM | Show all posts
x tau la apa masaloh klate ni..tukar kerajaan mana pung x selesai masaloh jugak..masa dapat jadi kerajaey dlu pun x setle jugak..
janji sek demo jange pecoh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 01:54 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 15-4-2024 09:19 AM
Iols dh 50 50 nk kahwin ngan kelantan ni. Tp dia kaya. Cemana ni

Nasihat aku, kau kawen jerlah. Apa masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 01:57 PM | Show all posts
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu berkata, selain air rakyat negeri ini turut berdepan dengan masalah gangguan belakan elektrik.

“Bekalan air dan elektrik menghadapi gangguan kerana penggunaan kedua-dua keperluan itu mencecah tahap maksimum sejak perantau mula balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga masing-masing.


Takde letrik buleh gagah lagi.
Takde air, apa benda pun tabley.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 15-4-2024 09:19 AM
Iols dh 50 50 nk kahwin ngan kelantan ni. Tp dia kaya. Cemana ni

Kahwin je. Tapi jangan tinggal di Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 15-4-2024 09:19 AM
Iols dh 50 50 nk kahwin ngan kelantan ni. Tp dia kaya. Cemana ni


Moral value..jgn mencerca sgt atau membenci sgt..hjg2 itulah yg dtg.xkena kat kita, kena kat anak2 n kuturunan

Sama jer mcm saudara mara kenalan i tuh..kehmain xhagak mencerca kelantanese...alih2..berjodohan dgn org sana. Nak kata apa lagi...i sedap jer pulang paku..hamik koooo
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 15-4-2024 07:21 AM
Knp sana tanak wat highway ehhh
Iols dh mula nk membaran bila tau kat sana nak lepas ke gua musang p ...

Kan. Jem tahap mcm tu pun ssjkp kalau boleh nak balik every week. Girgih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 15-4-2024 09:19 AM
Iols dh 50 50 nk kahwin ngan kelantan ni. Tp dia kaya. Cemana ni

Aku dulu ada gak org Kelantan suka dkt aku. Then aku ckp dkt dia, setau aku org kltn ni mak2nya jenis nak yg bermenantu org kltn juga. Mcm aku ni, aku lahir dkt kl. Kalau mak dia x suka aku camne.

Jwpn dia, kalau mak x suka tu, mesti ada salah kita. Aku tanya balik, aik, salah aku ke kalau aku lahir kl. Then dia bg jwln sama, apa2pun, mak kita mesti betul.

Red flag! Aku reject dah. Itu experience aku la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:22 PM | Show all posts
terasa mcm kempen pulak tapi
- undi PAS - 100% tak selesai (bukti 30 tahun)
- undi PH - 50% selesai, 50% tak selesai

dan benda ni bukan majik, boleh selesai dalam sebulan.
hat ummah syumul ahli sorga 30 tahun pon tak selesai2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
swimswim replied at 15-4-2024 04:16 PM
Aku dulu ada gak org Kelantan suka dkt aku. Then aku ckp dkt dia, setau aku org kltn ni mak2nya je ...


Aku penah kawen dgn puak kelantan...

Mak dia bipolar maniac... diagnosed and prescribed ubat & therapy... tp kakak2 dia tak bg mak makan ubat tu nanti asik tido aje kata diorg...

Masa dia fasa bipolar maniac tu.. dia akan serang aku gila2 sampai buat fitnah mcm2... sebar2 kat orang kampung & anak beranak.. sebab aku yang tukang jaga mak dia kat rumah aku... adik beradik lain takmo jaga.. tp resultnya aku laa jadi mangsa amukan mak dia

Tp tetap lah ex aku tu menangkan mak dia.. siap suruh aku sembah mak & kakak dia minta maaf... aku tanya apsal aku yg kena minta maaf?


Justification ex aku senang ja.. orang muda ni kena laa mengalah dgn yang tua.. orang2 tua tu takkan berubah so biar je lah kita ni mengalah..

5 tahun aku kena boikot dgn diorang, nothing ever changed.... sorry ye.. mmg deme aje betul kita kena mengalah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 15-4-2024 04:24 PM
Aku penah kawen dgn puak kelantan...

Mak dia bipolar maniac... diagnosed and prescribed ubat & t ...

Kesiannya u terkena toxic fam mcm tu. Syukur sis terlepas sudah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.080431 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list