SUDAH menjadi seperti acara tahunan, bintang Bollywood Shah Rukh Khan membuat kemunculan di balkoni kediaman mewahnya di Mannat bagi menyapa peminat yang menyerbu rumahnya bersempena sambutan Aidilfitri.
Shah Rukh, 59, membuat kemunculan di balkoni rumahnya bersama anak bongsu, Abram memakai kurta berwarna putih membuatkan peminat menjerit sejurus melihat kelibatnya.
Media di India melaporkan peminat mula berkumpul di hadapan kediaman mewah Shah Rukh sejak awal pagi dan bilangan yang berkumpul semakin bertambah sehingga menyebabkan kesesakan.
Shah Rukh Khan ketika berada di balkoni rumahnya.
Malah pihak polis terpaksa datang mengawal keadaan sementara menanti Shah Rukh keluar bertemu dengan peminat.
Tidak hanya itu, acara tersebut turut mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa.
Shah Rukh sebelum ini memberitahu dia akan cuba menyapa peminat yang berkumpul di luar rumahnya sebagai tanda menghargai kedatangan dan sokongan peminat terhadap kariernya sebagai pelakon.
Sementara itu, Shah Rukh turut meninggalkan ucapan selamat hari raya buat peminat menerusi ciapan di X pada 1 Syawal lalu.
"Selamat hari raya semua! Terima kasih kerana menjadikan hari saya begitu istimewa.
“Semoga Allah merahmati kita semua dengan kasih sayang, kebahagiaan dan kesejahteraan,” katanya.
Post time 18-4-2024 07:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Pernah tengok interview dia. Dia cakap setiap nafas dia, dia berterima kasih pada Allah. Dia cakap sebab tu Allah kasi dia rezeki lebih.
Alhamdulillah.
Dia suka sebut2 Allah, tapi bininya si Gauri tu degil betul taknak masuk Islam. Tapi tengok interview dia kat Netflix Gauri cakap anak2 dia masa ni nampak nak ikut bapak dia. Dia macam kasi anak dia pilihan untuk ikut religion mana. Harap2 anak pun masuk Islam.
Post time 21-4-2024 10:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cm_vungtau replied at 18-4-2024 07:50 AM
Pernah tengok interview dia. Dia cakap setiap nafas dia, dia berterima kasih pada Allah. Dia cakap s ...
Tapi teringat pula dulu documentary srk yang dia letak Quran sebelah dengan patung hindu. Kat tiktok pun pernah tengok dia sembah patung or tengah sembahyang secara hindu.
Gauri pegangan agama dia sgt kuat. Pastu keturunan dia dari kasta yang tinggi kan. Mustahil nak revert
Post time 7-5-2024 08:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
vanillaninja replied at 7-5-2024 10:57 AM
So bangunan 2 tingkat ni pun rumah heols jugak ke? Sorry chuols I bertanya, kot la chuols tau. I c ...
Bangunan 2 ting? Tak pasti chuols refer yg mana. Tp setahu ai keseluruhan pic yg ai tepek tu rumah srk. Dr dpn sampai blkg. Besar giler. Nama rumah heols Mannat.