CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13856|Reply: 0

[Kelantan] 239 kebakaran terbuka di Kelantan dalam 8 hari

[Copy link]
Post time 14-4-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba melakukan penugasan di lokasi kebakaran terbuka ketika cuaca panas melampau. - Foto ihsan Bomba

KOTA BHARU: Sebanyak 239 kes kebakaran terbuka dicatatkan di negeri ini dalam tempoh lapan hari bermula 4 April lalu.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Wildan Azhari, berkata angka itu agak tinggi untuk tempoh yang singkat, namun ia adalah normal pada musim kemarau.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 181 kes membabitkan kebakaran belukar diikuti sampah (27 kes) serta hutan (24 kes).

"Secara keseluruhan, kami menerima 752 kes kebakaran terbuka dalam tempoh empat bulan bermula Januari lalu dan ia hampir bersamaan dengan keseluruhan tahun lalu sebanyak 814 kes.


"Paling banyak terbakar adalah belukar, diikuti sampah serta hutan yang mana sama ada berlaku secara automatik disebabkan cuaca panas atau dibakar oleh individu.

"Sebanyak 39 lokasi panas kebakaran terbuka dikenal pasti di seluruh negeri ini membabitkan 12 lokasi di Pasir Puteh, Bachok (lapan) dan masing-masing enam lokasi di Pasir Mas, Kota Bharu serta Gua Musang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Wildan berkata, walaupun hampir setiap hari menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran terbuka, pihaknya tidak berdepan dengan masalah logistik atau tidak cukup anggota kerana bantuan akan diterima daripada balai bomba yang tidak terbabit dengan lokasi kebakaran.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta beberapa agensi berkaitan seperti Angkatan Pertahana Awam (APM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) termasuk Pengurusan Sistem Pepejal Mubaarakan (PSPM).

"Dari segi bekalan air pula kami cuba menyediakan sebaik mungkin sama ada dari tangki jentera yang sedia ada atau mencari punca air sama ada tali air atau sungai berdekatan dan jika masih tidak mencukupi, jentera (tanker) daripada balai bantuan lain akan segera tiba.

"Kami juga sentiasa melakukan rondaan di lokasi panas serta memberi khidmat nasihat kepada orang awam mengenai bahaya kebakaran terbuka.

"Dalam keadaan sekarang juga kami mengawal cuti anggota bagi tujuan penugasan di balai supaya tidak terjejas," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... lantan-dalam-8-hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049954 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list