CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5768|Reply: 0

[Terengganu] Lalu lintas lancar selepas lorong ditambah di atas jambatan Jertih

[Copy link]
Post time 14-4-2024 05:23 PM | Show all posts |Read mode

Penambahan daripada satu kepada dua lorong di atas jambatan Jertih berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas. NSTP/Baharom Bakar

JERTIH: Penambahan daripada satu kepada dua lorong di atas jambatan Jertih berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Tinjauan mendapati pergerakan lalu lintas bermula dari sempadan Terengganu-Kelantan di Kampung Bukit Yong, berjalan lancar berbanding semalam.

Turut mendapati beberapa pegawai dan anggota polis trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Besut turut ditempatkan di persimpangan dua lampu isyarat berhampiran Jambatan Jertih untuk memantau pergerakan lalu lintas.

Difahamkan, semalam, berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari Jambatan Jertih hingga ke pekan Jabi.


Bagaimanapun, keadaan di laluan utama dari Terengganu ke Kelantan itu berbeza hari ini apabila Polis Daerah Besut menggunakan kaedah penambahan daripada satu lorong kepada dua lorong untuk perjalanan dari Kelantan ke Terengganu.

Tinjauan juga mendapati kesesakan lalu lintas yang berlaku semalam adalah disebabkan pertambahan kenderaan.

Sementara itu, tinjauan di laluan masuk ke Lembaga Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) di Kampung Gemuroh, di sini, mendapati pergerakan kenderaan sedikit perlahan.

Pergerakan kenderaan di persimpangan masuk ke LPT2 di Kampung Gemuroh, sedikit perlahan disebabkan pengguna menunggu perubahan warna lampu isyarat.

Kesesakan juga berlaku berhampiran stesen minyak iaitu satu kilometer dari persimpangan ke laluan masuk LPT2, disebabkan pemilik kenderaan menunggu giliran untuk mengisi bahan bakar.

Tinjauan turut mendapati tiada kesesakan lalu lintas di bandar Kuala Terengganu, terutama laluan pantai.

Sehingga jam 3 petang ini, pergerakan lalu lintas di semua laluan utama di negeri ini berjalan lancar.
https://www.bharian.com.my/berit ... tas-jambatan-jertih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.260721 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list