CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7758|Reply: 113

[Tempatan] Tak serik hadap sesak, netizen mula ‘bincang’ cuti raya 2025

  [Copy link]
Post time 15-4-2024 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Tak serik hadap sesak, netizen mula ‘bincang’ cuti raya 2025

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ang-cuti-raya-2025/

Oleh KOSMO!
15 April 2024, 12:06 pm


Tangkap layar video yang dikongsikan seorang pengguna di TikTok berkenaan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan di TikTok.

PETALING JAYA – Belum pun hilang penat menempuh kesesakan trafik berbelas-belas jam di lebuh raya, sudah ada yang mula ‘berbincang’ dan merancang cuti Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan.

Perkongsian Mario di TikTok berkenaan tarikh cuti raya bagi tahun 2025 yang dijangkakan pada hari Ahad, mengundang respons pelbagai daripada orang ramai.

Rata-rata menyatakan rasa gembira kerana bakal menikmati cuti raya lebih lama berbanding tahun ini yang jatuh pada hari Rabu.

“Sedia mohon cuti Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, macam biasa,” kata @misslolipop.

“Syok sambung cuti Rabu, Khamis dan Jmaat. Isnin depan baru kerja,” ujar @kamarul20.

“Cuti Ahad bawa ke Selasa, lepas tu tambah tiga hari cuti tahunan. Okey bertahan, tak jadi letak jawatan,” kongsi seorang lagi pengguna.

Sementara itu, ada juga yang bimbang jika situasi ‘raya terkejut’ seperti tahun sebelumnya bakal berulang selain terpaksa menempuh kesesakan trafik yang lebih teruk.

“Raya 2025 mungkin 31 Mac (Isnin). Jadi, tahun depan ada kemungkinan raya mengejut sebab puasa 30 hari ikut kalendar,” jelas @MamaTwins Nana.

“Maksudnya kalau balik kampung sesak paling teruk ni. Semua nak balik hari Sabtu,” komen pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 02:06 PM | Show all posts
iols baru create tabung kt MAE untuk raya tahun depan jika panjang umur
gituhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergghhh.. blom habes raya tahun ni dah pikiaq tahun depan.. hebakkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:26 PM | Show all posts
Kalau panjang umur boleh jumpa raya 2025
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:28 PM | Show all posts
tahun depan dh merancang ke? sabaq, raya haji duluuu...hihi

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bila merancang depa bising..
bila TAK rancang..depa tanya.."awak tak plan ke..kan dh tau..blablabla....
               
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2024 02:34 PM | Show all posts
sedari tahun lepas iols dh tak merasa 'kemeriahan' beraya balik kg
sebab dh bekerja di negeri kelahiran. dr tempat kerja ke kg dlm 2jam++ jd ianya diberi nama merentas desa

tahun2 sebelumnya mmg berebut tiket bas la, bersesak di jalan raya la.. pegi balik sama sesak.. berejam dlm bas
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:49 PM | Show all posts
ok, boleh stat menabung from now la..utk beraya taun depan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tunggu takwim cuti sekolah dulu bru blh planning nk balik ke tidak
cuma rasa jumaat tu confirm cuti dah untuk cuti tambahan bila ramai ibu bapa minta mcm thun lepas
org yg dh beli tiket flight awal tepuk dahi jelah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi cuti jangan smpai bertembung ngan cuti sekolah... Guru bergerak hari yg sama balik, anak2 kena hantar pi asrama. Semua dalam satu hari yg sama. Opkos jemmmm mcm hapa. Kena sehari tambah cuti supaya pergerakan terbahagi 2...lewat sikit ngan pekerja swasta.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la merancang cuti awal2
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju. Merancang awal lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
InsyaAllah, tahun depan nak balik kampung bawak kereta baru. Kereta kelisa meols dah 20thn. Tak kuat dah nak mengharung jem kat highway PLUS.
Agak2 bezza ke saga yg bagus yer kekawan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:05 PM | Show all posts
aku ni baru dok pikir bila nak ganti puasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:10 PM | Show all posts
She-Ra replied at 15-4-2024 02:34 PM
sedari tahun lepas iols dh tak merasa 'kemeriahan' beraya balik kg
sebab dh bekerja di negeri kelah ...

klu u 2 jam ++ dipanggil merentas desa, i yang tak sampai sejam dah sampai kampung dipanggil apa?
fun run ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:11 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-4-2024 03:10 PM
klu u 2 jam ++ dipanggil merentas desa, i yang tak sampai sejam dah sampai kampung dipanggil apa?
...

yezzahh fun run ahhahhahaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 15-4-2024 02:22 PM
Pergghhh.. blom habes raya tahun ni dah pikiaq tahun depan.. hebakkk

Mcm iols mmg dah plan sesiap termasuk dh riki baju, sbb time ni byk baju sale murah2

Cuti pun sama, ni semua penting yahhh malah duit raya juga sudah mula disimpan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:34 PM | Show all posts
hidup untuk beraya je ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-4-2024 02:31 PM
bila merancang depa bising..
bila TAK rancang..depa tanya.."awak tak plan ke..kan dh tau..blablabla. ...

Akak telan pil peRANCANG keluarga jah, jimak dan senang kira
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap jumaat cuti sbb nak suh ummah kelate balik dulu, tahun ni sakit jiwa rasa bila baca update dorang masih tak lepas kuar dr kelantan.
Ada ke dr bachok ke kuala krai  10jam,iols pilih balik hari last smlm igt dah tak perlu hadap jem sbb kita ni dekat je ngn KL tapi kena juga.
Hari ni ramai bebudak  tak dtg sek semua duk tulis alasan urusan keluarga.
Kawan iols kat pahang update hari ni pun higway karak -kl masih jem
Apa masalah dgn jln kat kelate eh sampai jem teruk gini? Pertambahan keta ke?
Cepatla siap ecrl harap ramai yg guna ketapi balik kelate nnt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 36072 Replies : 479
Sanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumbang
mojarean_XSanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumb
Views : 6297 Replies : 29
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 109981 Replies : 484
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 86362 Replies : 630
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 9866 Replies : 85
Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar
mojarean_XPakcik berkopiah hidap sakit jantung men
Views : 5912 Replies : 61
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 21362 Replies : 118
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 55813 Replies : 2785
Bina Kondo budaya kito:Kawasan sekitar pusat takungan banjir Bohol telah ditanda untuk pembinaan Kondominium dan perumahan Madani?.Netizen bimbang banjir besar bakal berlaku
YgBenarBina Kondo budaya kito:Kawasan sekitar p
Views : 6863 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.078085 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list