CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2868|Reply: 0

[Kelantan] Polis Kelantan perketat kawalan elak suspek bolos ke Thailand

[Copy link]
Post time 15-4-2024 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Polis Kelantan perketat kawalan elak suspek bolos ke Thailand


Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - April 15, 2024 @ 12:04pm nfazlina@nstp.com.my




Suspek dikenal pasti sebagai Hafizul Hawari terlibat dalam kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi semalam. - Foto BERNAMA




KOTA BHARU: Polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan bagi memastikan suspek kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, tidak bolos ke Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk berbuat demikian.

"Tindakan diambil kerana dibimbangi suspek kes tembakan itu melalui Kelantan untuk ke Thailand.

"Di sempadan, kita ada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjaga sempadan dan pada masa sama saya mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk menjalankan risikan supaya dapat mengesan lebih awal pergerakan suspek," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, seorang suspek lelaki dikenal pasti sebagai Hafizul Hawari, 38, melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya, namun satu das terkena pada pengawal peribadi wanita berkenaan.

Ketika kejadian, wanita berusia 38 tahun itu bersama dua pengawal peribadi sedang menunggu jemaah umrah di bawah kendalian agensi umrah miliknya dan suami (suspek) yang mendarat di KLIA Terminal 1.

Pistol digunakan suspek disyaki jenis separuh automatik kaliber 9 milimeter (mm) dan diperoleh dari negeri jiran.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.051875 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list