CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26320|Reply: 1

[Kelantan] Kes tembak di KLIA: Suspek direman esok

  [Copy link]
Post time 15-4-2024 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Kes tembak di KLIA: Suspek direman esok


Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my



MOHD Shuhaily ketika hadir pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar




Kota Bharu: Lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, sebelum ditahan di Jalan Bayam, di sini, petang ini, akan direman esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

"Suspek dalam keadaan sihat dan ok secara fizikalnya, bagi kita masa untuk kumpul segala maklumat sebelum kita kongsi dengan pihak media.

"Esok jam 9.30 pagi kita akan membuat sidang media. Bagi kita jalankan siasatan dulu," katanya ringkas ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, selepas melarikan diri lebih daripada 36 jam, akhirnya suspek lelaki, Hafizul Harawi, 38, yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang.

"Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu," katanya.

Dalam kejadian 1.15 pagi kelmarin, bunyi tembakan menggemparkan pengembara dan kakitangan di KLIA Terminal 1, dipercayai cubaan bunuh ke atas seorang wanita tempatan





Disiarkan pada: April 15, 2024 @ 7:19pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 08:26 AM | Show all posts
Apalah yang difikirkan sewaktu dia melakukan tembakan tersebut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.085199 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list